Pakej Umrah Mampu 2018

Dewasa ini, kita seringkali dikhabarkan dengan berita-berita penipuan umrah yang berlaku di Malaysia. Hal ini telah menimbulkan kebimbangan dan keraguan dalam masyarakat dan para jemaah yang berhasrat untuk menunaikan ibadah umrah.

Oleh itu, Kementerian Pelancongan telah menetapkan harga lantai bagi pakej umrah ialah RM4,900. Ini bermaksud sebarang pakej umrah yang menawarkan dengan harga yang lebih rendah adalah patut diragui. Kami di Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd memahami keinginan ramai jemaah untuk mengerjakan umrah namun mempunyai bajet yang rendah.

Untuk itu, kami tampilkan satu pakej istimewa yang dinamakan dengan “Umrah Mampu” , tagline Mampu adalah sebagai gambaran terhadap harga pakej yang sangat rendah dan boleh dimiliki oleh kebanyakan dari warga Malaysia.

Harga rendah ini ditawarkan sepanjang musim kecuali cuti sekolah, yang mana harga untuk cuti sekolah akan bermula dari RM5,990 untuk pakej Umrah Mampu ini.

Harga yang rendah ini meliputi semua keperluan jemaah, bermula dari tiket penerbangan, hotel penginapan, makanan serta beg hadiah yang akan diberi kepada setiap jemaah. Tidak ketinggalan juga, semua pakej umrah kami akan dilindungi dengan Takaful berkelompok.

Pakej ini adalah termasuk tiket penerbangan, visa umrah, hotel di Mekah dan Madinah, dua buah beg, buku panduan umrah dan 5 liter air zam-zam setiap orang. Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd adalah syarikat yang mempunyai Muassasahnya sendiri bagi membolehkan visa umrah diproses sendiri tanpa pihak ketiga.

Pakej “Umrah Mampu” yang pertama untuk rakyat Malaysia.

Berminat?

Check Also

Pakej Umrah Ramadhan 2018/1439H

Mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan adalah impian umat Islam, selain daripada mengerjakan Haji. Ini kerana ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.