Pakej Umrah Ramadhan 2018/1439H

Mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan adalah impian umat Islam, selain daripada mengerjakan Haji. Ini kerana ganjaran kepada mereka yang mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan adalah sangat besar sepertimana yang dijanjikan oleh Baginda Rasul melalui lisan.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, laksanakanlah umrah kerana umrah pada bulan Ramadhan menyamai (pahala) ibadah haji.” (Sahih Bukhari, no. 1657, Sahih Muslim, no. 2201)

Kami di Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd sebagai pengendali umrah, bertanggungjawab untuk menyediakan pakej bagi memudahkan urusan mereka yang berkeinginan mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan. Untuk itu kami tawarkan pakej “Umrah Ramadhan” dengan beberapa pilihan kategori.

Pakej Awal Ramadhan dan Tengah Ramadhan dengan harga bermula RM8,990 sahaja. Hotel penginapan yang dekat menjadi keutamaan kami demi memberi keselesaan kepada jemaah. Sementara itu, pakej Akhir Ramadhan yang kami tawarkan adalah bermula dengan harga RM12,500.

Bagi ketiga-tiga pakej ini (Awal, Tengah dan Akhir), hotel penginapan yang disediakan ialah di Royal Dar Eiman, Mekah (dalam Safwah Tower). Jarak yang sangat dekat, sudah tentu akan memudahkan para jemaah berulang alik ke masjid.

Sementara itu, pakej umrah Sebulan Ramadhan ditawarkan dengan harga RM10,900. Jarak hotel ialah 550 meter ke dataran Masjid Al Haram.

Umrah Ramadhan, ganjaran diburu, keampunan dirindu.

Berminat?

Check Also

Pakej Umrah Mampu 2018

Dewasa ini, kita seringkali dikhabarkan dengan berita-berita penipuan umrah yang berlaku di Malaysia. Hal ini ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.