Pakej Umrah Safwah 2018/2019

Antara perkara utama yang akan diminta oleh para jemaah umrah ialah hotel penginapan yang dekat dengan dua Masjid Suci. Ini bagi memudahkan urusan jemaah untuk berulang alik, khususnya jemaah yang berusia dan uzur. Namun, seringkali hotel yang diidamkan tidak tercapai dek harga-harga pakej yang ditawarkan sangat tinggi.

Menyedari perkara ini, kami di Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd tampil dengan satu pakej istimewa, yang kami namakan sebagai “Umrah Safwah”. Tagline Safwah ini kerana hotel penginapan di Mekah berada di dalam Safwah Tower, salah satu menara yang bergabung dengan Zam Zam Tower. Hotel yang berjarak dekat ini (50 meter) biasanya ditawarkan dengan harga yang tinggi. Namun kami tampilkan pakej istimewa ini dengan harga promosi yang sangat rendah bermula dari RM5,990 sahaja.

RM5,990 adalah harga untuk bilik berempat, ia sangat rendah berbanding dengan harga pasaran. Pakej ini kami tawarkan sepanjang musim kecuali cuti sekolah. Harga untuk cuti sekolah bermula dari RM6,990. Lebih menarik lagi, harga yang dipaparkan adalah termasuk lawatan ke Ta’if dan tiada bayaran tambahan akan dikenakan.

Kami tidak menjanjikan gunungan emas, tidak juga bulan dan bintang. Tetapi kami berusaha dan memberikan komitmen yang tinggi demi memenuhi dan mencapai keselesaan beribadah kepada jemaah.

Pakej ini adalah termasuk tiket penerbangan, visa umrah, hotel penginapan di Mekah dan Madinah, lawatan ke kota Ta’if, empat buah beg, buku panduan umrah dan 5 liter air zam-zam setiap orang. Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd adalah syarikat yang mempunyai Muassasahnya sendiri bagi membolehkan visa umrah diproses sendiri tanpa pihak ketiga.

Berminat?

Check Also

Pakej Umrah Ramadhan 2018/1439H

Mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan adalah impian umat Islam, selain daripada mengerjakan Haji. Ini kerana ...

12 comments

  1. 1. Adakah flight umrah ni ada transit

    2. Jika 5 orang satu famili adakah satu bilik disediakan

    3. 12H10M…RM 5990 untuk 31 okt. hingga 10 nov

    4.Kul-Jed
    Jed- Kul balik ikut Jeddah so naik bas dari madinah ke Jeddah ye

    • pendaftaran azzuha

      1. Kami menggunakan penerbangan Saudi Airline & Malaysia Airline. Jika menggunakan penerbangan Emirates, akan ada transit di Dubai selama 3 jam.
      2. Ya, puan boleh duduk di bilik quint (5pax).
      3. Ya, RM5990 utk tarikh 31 oct – 10 nov.
      4. Kul-Jed/Jed Kul (masuk Madinah terlebih dahulu).

      Boleh kami dapatkan no telefon puan?

      • Norhanim Yahya

        AsSalam kalau 12hari 10malam tu….(1)Madinah berapa malam & Mekah berapa malam
        (2) flight landed at Jeddah so kena ambil bas selama 7jam journey to Madinah
        (3)Ada tak penerbangan terus masuk ke Madinah & balik melalui Jeddah
        (4) Pergi Taif FOC atau additional charge

    • pendaftaran azzuha

      1. Sekarang kami tak ad transit lagi
      2. Kalau 5 orang memang kami sediakan satu bilik
      3. 6 malam menginap di hotel makkah , 4 malam menginap di hotel madinah & 2 hari lagi perjalanan pergi dan balik . Harga biasa RM5990 . Tarikh 31 oct hingga 10 nov tak dilancarkan di travel agency kami
      4. Ye, betul

  2. Assalam..
    Pakej ini masih terbuka ke..saya berminat utk umrah pada bulan januari atau febuari 2019

    • pendaftaran azzuha

      Wsalam puan, masih ada lagi kekosongan untuk bulan januari dan februari.. Boleh saya dapatkan no telefon puan?

    • pendaftaran azzuha

      Walaikumusalam, masih lagi terbuka utk umrah pada bulan januari atau febuari
      boleh puan tinggal kan no telefon

  3. Nur Aqilah Riza

    Assalam. Ada pakej umrah utk hjg jan/ awal feb 2019? Untuk bilik bertiga.

    • pendaftaran azzuha

      Wsalam puan, masih ada lagi kekosongan untuk bulan januari dan februari.. Boleh saya dapatkan no telefon puan?

  4. Fadilah Bin Sulaiman

    Assalamualaikum. Pakej umrah sawah ni termasuk makan di hotel ke di Mekah dan madinah. Kalau bilik berdua tambah berapa. Terima kasih.

    • pendaftaran azzuha

      Walaikumusalam, kalau pakej safwah makan dekat mmekah sediakan sarapan pagi sahaja & dimadinah makan 3 kali sehari.
      Bilik berdua tambah RM1000.
      Boleh saya dapatkan no telefon puan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.