Suntikan Vaksin

acywKerajaan Arab Saudi mendapati risiko jangkitan ‘Meningococcal Meningitis’ di kalangan jemaah haji dan umrah semasa di Arab Saudi adalah tinggi dan atas sebab itu semua bakal haji dan umrah adalah diwajibkan mendapatkan pelalian ‘Meninggococcal Meningitis’ yang sah sebelum visa haji/umrah dikeluarkan. Peraturan mewajibkan pelalian ‘Meninggococcal Meningitis’ ke atas bakal jemaah haji dan umrah oleh Kerajaan Arab Saudi telah bermula sejak tahun 1988 lagi. Pada mulanya jenis vaksin yang diwajibkan digunakan kepada bakal jemaah haji dan umrah adalah Vaksin ‘Meningococcal Mengintis A, C. Walaubagaimanapun disebabkan terdapat perubahan corak jenis kuman yang menyebabkan jangkitan penyakit, mulai tahun 2002 Kerajaan Arab Saudi mewajibkan penggunaan Vaksin ‘Meninggococcal Meningitis jenis A, C, Y, W135 yang juga dikenali sebagai Vaksin ‘Meningococcal Meningitis Quadrivalent (ACYW135). Satu suntikan Vaksin ‘Meningococcal Meningitis (ACYW135) boleh memberi perlindungan kepada individu berkenaan selama 3 tahun dari jangkitan penyakit ‘Meninggococcal Meningitis yang disebabkan oleh kuman Nisseria Meningitidies dari SerotypeA, C, Y, dan W135.

Berikut adalah jenama Vaksin ‘Meninggococcal Quadrivalent’ dalam pasaran, yang didaftar dan diluluskan penggunaannya oleh Biro Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jenama: Mencevax Injection
Pengeluar : Syarikat GlaxoSmithKline Pharmaceuticals (Produk ini tidak mengandungi bahan dari sumber binatang kecuali laktosa daripada susu lembu)

Jemaah boleh mendapatkan suntikan ACYW135 di mana-mana Klinik Swasta berhampiran dengan perbelanjaan sendiri dan jemaah akan dibekalkan oleh klinik tersebut dengan buku kesihatan seperti rajah di bawah atau yang seumpama dengannya.

Check Also

Berhati-hati menjaga barangan anda walau di Masjidil Haram

Artikel ini ditulis oleh Masnira Ramli, rakyat Malaysia yang tinggal di Makkah Al-Mukarramah. Minggu ini ...