KISAH KAMI

Az Zuha Group telah ditubuhkan pada 11 Januari 2012 atas nama AZ ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS SDN BHD. Pada tahun yang sama syarikat ini telah beroperasi sepenuhnya selepas didaftarkan dan mendapat lesen KPL/LN (6839) daripada Kementerian Pelancongan Malaysia. Syarikat ini juga telah didaftarkan sebagai ahli Bumitra Malaysia (BM 525), Malaysia Association Travel & Tour Agency, MATTA (MA 4825) dan International Air Transport Association, IATA (2031510).

 

Ibu pejabat syarikat ini terletak di Bandar Seri Putra, Selangor dan mempunyai cawangan di Padang Serai dan Alor Setar, Kedah. Syarikat ini menyediakan pelbagai perkhidmatan pelancongan untuk dalam (inbound) dan luar negara (outbound). Keutamaan kami (core business) menyediakan perkhidmatan pakej Umrah dan Haji. Kami juga menyediakan perkhidmatan lain seperti tempahan tiket kapal terbang dan hotel .

 

VISI
Peneraju Khidmat Kembara Umrah dan Ziarah yang Unggul Menjelang Tahun 2020.

 

MISI
Penyedia kemudahan khidmat umrah dan ziarah yang mempunyai cawangan di setiap negeri menjelang tahun 2020.

 

OBJEKTIF
1. Menyediakan barisan pembimbing yang berwibawa dan berpengalaman.
2. Barisan penggerak yang terlatih dalam aspek pengurusan, operasi dan marketing.
3. Menembusi marketing secara efektif melalui media TV, Radio, Akhbar dan Billboard.
4. Diurus tadbir secara berpusat melalui HQ yang mempunyai jabatan kewangan, pemasaran, sumber manusia, jualan dan operasi yang mantap.
5. Pengurusan bermula dari menyediakan pakej, permohonan visa umrah sendiri, penerbangan dan juga ground di Makkah dan Madinah.

 

TEMA
Jom “Kembara Ibrah Di Haramain” | Mutawwif “Menyantuni Dengan Hati”

 

MUASSASAH: Alaa For Umrah Services

HQ: BANDAR SERI PUTRA

Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
No. 7, Jalan Seri Putra 1/5, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-8912 3367 / 019-228 3367 (hotline)
Email: azzuhakl@gmail.com

CAWANGAN: PADANG SERAI

Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
No. 1332-A, Jalan Serai Wangi 13/6, Taman Serai Wangi 2, 09400 Padang Serai, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-485 7195 / 010-871 9808 (hotline)

CAWANGAN: ALOR SETAR

Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
No. 106, Tingkat Bawah, Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Hamid, Persiaran Sultan Abdul Hamid, 05050 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-7711 222 / 010-871 6900 (hotline)

SIJIL-SIJIL SYARIKAT

Lesen Ibu Pejabat

Lesen Cawangan

Sijil Daftar SSM

Sijil Bumitra

Kontrak Muassasah

Sijil Matta

Sijil IATA