PAKEJ UMRAH RAMADHAN 2018

Mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan adalah impian umat Islam, selain daripada mengerjakan Haji. Ini kerana ganjaran kepada mereka yang mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan adalah sangat besar sepertimana yang dijanjikan oleh Baginda Rasul melalui lisan.

 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, laksanakanlah umrah kerana umrah pada bulan Ramadhan menyamai (pahala) ibadah haji.” (Sahih Bukhari, no. 1657, Sahih Muslim, no. 2201)

 

Kami di Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd sebagai pengendali umrah, bertanggungjawab untuk menyediakan pakej bagi memudahkan urusan mereka yang berkeinginan mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan. Untuk itu kami tawarkan pakej “Umrah Ramadhan” dengan beberapa pilihan kategori.

 

Pakej Awal Ramadhan dan Tengah Ramadhan dengan harga bermula RM8,990 sahaja. Hotel penginapan yang dekat menjadi keutamaan kami demi memberi keselesaan kepada jemaah. Sementara itu, pakej Akhir Ramadhan yang kami tawarkan adalah bermula dengan harga RM12,500.

 

Bagi ketiga-tiga pakej ini (Awal, Tengah dan Akhir), hotel penginapan yang disediakan ialah di Royal Dar Eiman, Mekah (dalam Safwah Tower). Jarak yang sangat dekat, sudah tentu akan memudahkan para jemaah berulang alik ke masjid.

 

Sementara itu, pakej umrah Sebulan Ramadhan ditawarkan dengan harga RM10,900. Jarak hotel ialah 550 meter ke dataran Masjid Al Haram.

 

Umrah Ramadhan, ganjaran diburu, keampunan dirindu.

NOTA:

1. Harga yang tertera dalam jadual adalah harga terkini.

2. Visa umrah bergantung kepada kelulusan pihak Kementerian Arab Saudi.

3. Perubahan harga pakej, tempat penginapan, jadual perjalanan dan tarikh penerbangan bergantung kepada perubahan dari masa ke semasa.

4. Pembatalan pakej oleh jemaah tertakluk kepada terma dan syarat syarikat.

 

PENDAFTARAN:

1. Hubungi kami di talian 03-89123367 / 019-2283367 | 04-4857195 / 010-8719808 | 04-7711222 / 010-8716900 atau melalui Facebook Rasmi kami atau hadir ke pejabat kami untuk memastikan masih ada kekosongan pada pakej yang dipilih. Nyatakan jenis bilik yang dikehendaki (Quad / Triple / Double).

2. Jemaah dikehendaki mengisi borang pendaftaran umrah dan mengembalikan kepada kami secepat mungkin sama ada melalui email atau hadir ke pejabat kami. Bagi wanita berumur di bawah umur 45 tahun dan lelaki di bawah umur 18 tahun wajib mendaftar bersama mahram yang sah. 

3. Setiap tempahan hendaklah disertakan dengan wang pendahuluan (deposit) sebanyak RM1000 dan bayaran penuh hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 60 hari sebelum tarikh berlepas bagi mengelakkan pembatalan tiket. Baca terma dan syarat pendaftaran DI SINI.

4. Untuk kelancaran proses pengurusan visa umrah, jemaah dikehendaki menghantar pasport asal, kad suntikan ACYW135, 4 keping gambar, salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan ke pejabat kami selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Dokumen untuk pengurusan visa dan format bagi surat keizinan/letter of consent (LOC) boleh didapatkan di sini.

Kursus umrah akan diberitahu kepada jemaah dari masa ke semasa.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi: 03-89123367 / 019-2283367 | 04-4857195 / 010-8719808 | 04-7711222 / 010-8716900.

Tempahan Online

 

Verification