fbpx

Pakej Umrah

Royal

Facebook
Twitter
LinkedIn

Harga

ROYAL 12H/10M

MUSIM SEKTOR JENIS BILIK
DOUBLE TRIPLE QUAD
BIASA KUL-JED/JED-KUL
KUL-MED/JED-KUL
KUL-JED/MED-KUL
RM7,990 RM7,490 RM6,990
PUNCAK RM8,590 RM8,090 RM7,590
KANAK-KANAK
(12 TAHUN KE BAWAH)
BAYI
(BAWAH 2 TAHUN)(SEMUA MUSIM)
DISKAUN RM250 SEORANG RM2,000 SEORANG
DISKAUN TANPA KATIL RM550 SEORANG
Makkah
Royal Majestic (6 Hari 5 Malam)
5/5
Madinah
Madinah Gulnar Taiba (6 Hari 5 Malam)
3/5

Deposit

  1. Piliihan bayaran deposit seperti berikut:
    • deposit perlu dibayar sewaktu pendaftaran dilakukan dengan jumlah RM1,500 seorang dan bayaran penuh perlu dijelaskan dalam tempoh 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Deposit in telah termasuk bayaran visa, atau
    • Bayaran deposit berjumlah RM500 seorang dan bayaran penuh perlu dijelaskan dalam tempoh 60 hari sebelum tarikh penerbangan.

  2. Bayaran ini boleh dibuat di ibu pejabat atau cawangan-cawangan Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd sama ada secara tunai, cek, draf bank, kad debit dan kredit, atau pindahan wan terus ke akaun Maybank Islamic syarikat iaitu 5622 6350 8886

  3. Slip pembayaran perlu diserahkan kepada syarikat dan pelanggan perlu mendapatkan resit pembyaran daripada wakil syarikat selepas bayaran dilakukan.

Insurans

  1. Pelanggan yang berdaftar akan dicarum insurans Covid-19 yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi ketika memohon visa pelancong/visa umrah. Caruman ini telah termasuk di dalam pakej. Insurans ini berkuatkuasa selama sebulan dari tarikh hari ketibaan di Arab Saudi. Perlindungan yang diberikan adalah termasuk:
    • SR650,000 seorang untuk  hospitalisasi dan ubat-ubatan
    • Kos Kuarantin SR450 sehari bagi seorang pelanggan selama 14 hari
    • Lain-lain sila rujuk polisi insurans

  2. Kos hospital dan kuarantin yang melebihi perlindungan ini perlu ditanggung oleh pelanggan sendiri.

Pakej Termasuk

Pilihan Bilik ( Ber-2, Ber-3, Ber-4)
Penerbangan SAUDI AIRLINES (SV)
Makanan disediakan:
Visa & Insurans COVID-19
Barang Hadiah
Air Zam-Zam
*Segala perubahan tertakluk pada SOP semasa kerajaan Arab Saudi

Program Ziarah

3 KALI ZIARAH DI MAKKAH
2 KALI ZIARAH DI MADINAH

*Sebarang perubahan sesi ziarah adalah tertakluk kepada kebenaran & SOP semasa kerajaan Arab Saudi.

Terma & Syarat Penerimaan Tawaran Perkhidmatan Umrah

  1. Pelanggan perlu menghubungi AzZuha Group Travel & Tours Sdn Bhd untuk memastikan sekiranya masih ada kekosongan pada tarikh yang dipilih serta mendapat maklumat lengkap mengenai pakej tersebut.

  2. Semasa berdaftar, pelanggan perlu menetapkan jenis bilik yang dikehendaki (Quad/Triple/Double). Sekiranya menempah bilik berempat (Quad), pelanggan mesti mendatagnkan empat orang atau menunggu pelanggan lain untuk menumpang sekiranya ada. Sekiranya tidak ada, pelanggan akan dicaj mengikut kekosongan jenis bilik yang sedia ada.

  3. Jumlah kanak-kanak mestilah tidak melebihi 10% untuk satu PNR.kumpulan. Jika melebihi 10% diskaun kanak-kanak tidak akan terpakai dan perlu membayar harga dewasa.

  4. Setiap tempahan perlu disertakan dengan wang deposit sebanyak RM1,500 atau RM500 seorang termasuk bayaran visa. Bayaran penuh perlu dijelaskan selewat-lewatnya 60 hari sebelum tarikh penerbangan bagi mengelakkan pembatalan tiket.

  5. Pembayaran boleh dibuat menggunakan wang tunai/perbankan atas talian/cek/ draf bank diatas nama Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd melalui nombor akaun MAYBANK ISLAMIC: 5622 6350 8886. Pembayaran melalui pihak ketiga tidak diterima. Bukti pembayaran perlu disrahkan kepada pihak syarikat.

  6. Semua pakej umrah tertakluk kepada syarat kelulusan visa dari kerajaan Arab Saudi.

  7. Aturcara perjalan dan lawatan yang ditawarkan tertakluk kepada perubahan SOP semasa oleh kerajaan Arab Saudi.

  8. Setiap pelanggan diwajibkan mempunyai telefon pintar yang menyokong aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna. Kedua-dua aplikasi ini wajib dimuat turun oleh pelanggan untuk digunapakai di Arab Saudi.

  9. Setelah pengesahan umrah dibuat, sebarang perubahan kepada tempahan yang dipohon oleh pelanggan akan dikenakan caj pindaan RM300 seorang bagi setiap pindaan serta kos-kos yang terlibat kerana pindaan. Tiada perubahan yang boleh dibuat dalam masa 15 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan.

  10. Pihak AzZuha Group Travel & Tours Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung kerugian bagi apa-apa perbelanjaan atau bayaran balik pakej umrah sekiranya pelanggan tidak dibenarkan keluar dan masuk negara oleh pihak imigresen kerana melanggari undang-undang Malaysia atau Arab Saudi.

  11. Tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat sekiranya pelanggan tidak mengunakan mana-mana perkhidmatan yang termasuk dalam pakej atas sebab peribadi.

  12. Pelanggan yang memanjangkan tempoh tinggal di Arab Saudi untuk aktiviti.perjalan peribadi mesti mendapatkan kebenaran dari pihak Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd terlebih dahulu.

  13. Harga yang ditunjukkan adalah harga pada masa penerbitan. Harga tertakluk kepada perubahan yang disebabkan oleh kenaikkan pada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos hotel, kadar pertukaran matawang asing, cukai kerajaan Arab Saudi dan Malaysia. Pihak Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd berhak menaikkan harga pakej berdasarkan kenaikkan harga kos semasa melalui notis makluman.

  14. Sekiranya terdapat perubahan tarikh dan masa oleh syarikat penerbangan atau perubahan situasi semasa keadaan di Arab Saudi yang memerlukan kepada tambahan penginapan, pengangkutan dan jadual program, pengiraan alternatif kos tambahan akan dilaksanakan dan Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd tidak bole dipertanggungjawabkan ke atas kos tersebut.

  15. Pihak Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd berhak untuk membatalkan atau menarik balik sebarang tempahan dan jadual perjalan, atau enggan menerima seseorang menjadi pelanggan sekiranya dia didapati membahayakan keselamatan atau kesihatan, atau dia menganggu keselesaan dan keseronokan pelanggan lain dalam kumpulan tersebut.

  16. Pihak pengurusan Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd berhak untuk menolak, mengubah, meminda, memadam atau menambah terma dab syarat yang dinyatakan atau menarik balik sebarang promosi pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
Sila Rujuk Pautan DiBawah: