Umrah Safwah

PAKEJ UMRAH SAFWAH 2018/2019

Antara perkara utama yang akan diminta oleh para jemaah umrah ialah hotel penginapan yang dekat dengan dua Masjid Suci. Ini bagi memudahkan urusan jemaah untuk berulang alik, khususnya jemaah yang berusia dan uzur. Namun, seringkali hotel yang diidamkan tidak tercapai dek harga-harga pakej yang ditawarkan sangat tinggi.

 

Menyedari perkara ini, kami di Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd tampil dengan satu pakej istimewa, yang kami namakan sebagai “Pakej Umrah Safwah”. Tagline Safwah ini kerana hotel penginapan di Mekah berada di dalam Safwah Tower, salah satu menara yang bergabung dengan Zam Zam Tower.

 

Hotel yang berjarak dekat ini (50 meter) biasanya ditawarkan dengan harga yang tinggi. Namun kami tampilkan pakej istimewa ini dengan harga promosi yang sangat rendah bermula dari RM5,990 sahaja.

 

RM5,990 adalah harga untuk bilik berempat, ia sangat rendah berbanding dengan harga pasaran. Pakej ini kami tawarkan sepanjang musim kecuali cuti sekolah. Harga untuk cuti sekolah bermula dari RM6,990. Lebih menarik lagi, harga yang dipaparkan adalah termasuk lawatan ke Ta’if dan tiada bayaran tambahan akan dikenakan.

 

Kami tidak menjanjikan gunungan emas, tidak juga bulan dan bintang. Tetapi kami berusaha dan memberikan komitmen yang tinggi demi memenuhi dan mencapai keselesaan beribadah kepada jemaah.

 

Pakej ini adalah termasuk tiket penerbangan, visa umrah, hotel penginapan di Mekah dan Madinah, lawatan ke kota Ta’if, empat buah beg, buku panduan umrah dan 5 liter air zam-zam setiap orang. Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd adalah syarikat yang mempunyai Muassasahnya sendiri bagi membolehkan visa umrah diproses sendiri tanpa pihak ketiga.

NOTA:

1. Harga yang tertera dalam jadual adalah harga terkini.

2. Visa umrah bergantung kepada kelulusan pihak Kementerian Arab Saudi.

3. Perubahan harga pakej, tempat penginapan, jadual perjalanan dan tarikh penerbangan bergantung kepada perubahan dari masa ke semasa.

4. Pembatalan pakej oleh jemaah tertakluk kepada terma dan syarat syarikat.

 

PENDAFTARAN:

1. Hubungi kami di talian 03-89123367 / 019-2283367 | 04-4857195 / 010-8719808 | 04-7711222 / 010-8716900 atau melalui Facebook Rasmi kami atau hadir ke pejabat kami untuk memastikan masih ada kekosongan pada pakej yang dipilih. Nyatakan jenis bilik yang dikehendaki (Quad / Triple / Double).

2. Jemaah dikehendaki mengisi borang pendaftaran umrah dan mengembalikan kepada kami secepat mungkin sama ada melalui email atau hadir ke pejabat kami. Bagi wanita berumur di bawah umur 45 tahun dan lelaki di bawah umur 18 tahun wajib mendaftar bersama mahram yang sah.

3. Setiap tempahan hendaklah disertakan dengan wang pendahuluan (deposit) sebanyak RM1000 dan bayaran penuh hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 60 hari sebelum tarikh berlepas bagi mengelakkan pembatalan tiket. Baca terma dan syarat pendaftaran DI SINI.

4. Untuk kelancaran proses pengurusan visa umrah, jemaah dikehendaki menghantar pasport asal, kad suntikan ACYW135, 4 keping gambar, salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan ke pejabat kami selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Dokumen untuk pengurusan visa dan format bagi surat keizinan/letter of consent (LOC) boleh didapatkan di sini.

Kursus umrah akan diberitahu kepada jemaah dari masa ke semasa.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi: 03-89123367 / 019-2283367 | 04-4857195 / 010-8719808 | 04-7711222 / 010-8716900.

Tempahan Online

 

Verification