Senarai Harga
- 1. Harga yang dinyatakan hanya terpakai bagi pelanggan berumur 12 tahun ke atas sahaja.

PENERBANGAN EMIRATES (EK) 11 HARI 10 MALAM
MUSIM | SEKTOR | JENIS BILIK | |||
---|---|---|---|---|---|
QUINT | QUAD | TRIPLE | DOUBLE | ||
Normal | KUL-JED / JED-KUL | RM 7,890 | RM 8,590 | RM 9,090 | RM 10,090 |
Peak | RM 8,490 | RM 9,290 | RM 9,990 | RM 11,190 |

PENERBANGAN SAUDI AIRLINES (SV) 12 HARI 10 MALAM
MUSIM | SEKTOR | JENIS BILIK | |||
---|---|---|---|---|---|
QUINT | QUAD | TRIPLE | DOUBLE | ||
Normal | KUL-JED / JED-KUL | RM 8,890 | RM 9,090 | RM 9,590 | RM 10,690 |
Peak | RM 9,490 | RM 9,790 | RM 10,490 | RM 11,790 |
Normal | Tarikh biasa yang tidak terlibat dengan tarikh-tarikh cuti sekolah atau mana-mana kenaikan harga daripada pembekal |
Semi Peak | Tarikh yang terlibat dengan salah satu kenaikan harga daripada pembekal sama ada penempatan atau pengangkutan (sama ada cuti sekolah atau tidak) |
Peak | Tarikh cuti sekolah yang melibatkan kenaikan kedua-dua harga daripada pembekal iaitu penempatan dan pengangkutan |
- 2. Harga bagi kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah (pada hari penerbangan pulang) dan bayi adalah berikut:
KANAK-KANAK (2 TAHUN - 12 TAHUN SAHAJA) | DISKAUN RM 250 SEORANG |
KANAK-KANAK (2 TAHUN - 7 TAHUN SAHAJA) | DISKAUN TANPA KATIL RM550 SEORANG |
BAYI (BAWAH 2 TAHUN) | RM 2,000 SEORANG |
- 3. Sekiranya ketetapan tarikh musim biasa jatuh pada musim puncak, cuti sekolah atau Ramadan, maka ia dikira harga musim tersebut. Harga pakej ini tidak akan berubah sekiranya pelanggan memenuhi semua kriteria dalam pakej yang telah ditawarkan.
- 4. Satu kumpulan hanya terdiri daripada 40-50 pelanggan dan seorang pembimbing Umrah Az Zuha (PUAZ) dari awal perjalanan, ketika ibadah umrah dan sehingga pulang ke Malaysia.
- 5. Pakej ini termasuk hari penerbangan pergi dan pulang serta hari ketibaan dan ia tertakluk kepada jadual penerbangan yang disediakan oleh pihak penerbangan. Maklumat penginapan yang ditawarkan seperti berikut:
MAKKAH | TEMPOH | MAKAN | MADINAH | TEMPOH | MAKAN |
---|---|---|---|---|---|
MAKKAH TOWERS HOTEL ★★★★★ |
5 MALAM | TIADA | DURRAT AL EIMAN HOTEL ★★★★★ |
5 MALAM | FULLBOARD EKONOMI |
DEPOSIT DAN BAYARAN PENUH
- Yuran tempahan (booking fee) berjumlah RM300.00 seorang ditawarkan kepada prospek yang berminat mendaftar dengan pakej Azzuha. Berikut adalah syarat yang ditetapkan untuk penerimaan booking fee:
- Pilihan tarikh adalah selewat-lewatnya 60 hari sebelum tarikh penerbangan;
- Tempoh sah bayaran tempahan ini adalah selama 14 hari sahaja;
- Pelanggan yang bersetuju mendaftar hanya perlu menambah bayaran deposit sebanyak RM 1200 bagi mencukupkan bayaran deposit RM 1500 seorang sebagai bayaran awal pendaftaran;
- Pulang wang penuh (full refund) akan diberikan sekiranya pelanggan menarik diri dalam tempoh 14 hari selepas bayaran tempahan dibuat dengan sebab yang munasabah.
- Deposit perlu dibayar sewaktu pendaftaran dilakukan dengan jumlah RM1,500 seorang dan bayaran penuh dijelaskan dalam tempoh 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Bayaran deposit ini telah termasuk bayaran visa.
- Pembayaran hanya boleh dibuat melalui pindahan atas talian (online transfer) ke akaun:
- Pembayaran melalui pihak ketiga tidak diterima. Bukti pembayaran perlu diserahkan kepada pihak syarikat.
- Slip pembayaran perlu diserahkan kepada syarikat dan pelanggan perlu mendapatkan resit pembayaran daripada wakil syarikat selepas bayaran dibuat.
DISKAUN
- Baucer Diskaun Alumni Azzuha (Jemaah Ulangan)
- Alumni Azzuha (jemaah ulangan) akan diberikan baucer diskaun bagi ulangan kali pertama dan seterusnya. Tawaran baucer ini terhad kepada 2000 jemaah terawal sahaja. Tempoh sah laku baucer diskaun adalah selama satu (1) tahun daripada tarikh jemaah menerima baucer tersebut. Jemaah perlu hadir ke ibu pejabat ataupun mana-mana cawangan Azzuha bagi menuntut baucer diskaun tersebut.
- Diskaun Pelanggan Berkumpulan
- Permohonan diskaun dibenarkan kepada pelanggan yang datang secara berkumpulan (melebihi 25 orang). Jumlah yang diberikan adalah sebanyak RM100.00 seorang.
- Diskaun Pelanggan OKU
- Pelanggan yang memegang kad OKU akan diberikan diskaun sebanyak RM150.00 seorang.
VISA
- Syarikat menawarkan dua (2) jenis visa kepada pelanggan iaitu:A VISA PELANCONGB VISA UMRAH
- Pelanggan diberi pilihan antara kedua-dua visa diatas, tetapi keutamaan syarikat adalah kepada Visa Umrah
- Bagi pelanggan yang telah mempunyai visa dan belum tamat tempoh pada tarikh penerbangan, penolakan sebanyak RM500 akan diberikan.
- Perbezaan kedua-dua jenis visa ini adalah seperti berikut:
- Syarikat menawarkan dua (2) jenis visa kepada pelanggan iaitu:
- Visa Pelancong
- Visa Umrah
- Pelanggan diberi pilihan antara kedua-dua visa diatas, tetapi keutamaan syarikat adalah kepada Visa Umrah
- Bagi pelanggan yang telah mempunyai visa dan belum tamat tempoh pada tarikh penerbangan, penolakan sebanyak RM500 akan diberikan.
- Perbezaan kedua-dua jenis visa ini adalah seperti berikut:
- Syarikat menawarkan dua (2) jenis visa kepada pelanggan iaitu:
- VISA PELANCONG
- VISA UMRAH
- Pelanggan diberi pilihan antara kedua-dua visa diatas, tetapi keutamaan syarikat adalah kepada Visa Umrah
- Bagi pelanggan yang telah mempunyai visa dan belum tamat tempoh pada tarikh penerbangan, penolakan sebanyak RM500 akan diberikan.
- Perbezaan kedua-dua jenis visa ini adalah seperti berikut:
VISA PELANCONG
- Tidak Perlu Biometrik untuk pengesahan.
- Tempoh sah visa 365 hari.
- Tempoh berada di Arab Saudi 90 hari.
- Kemasukan ke Arab Saudi Berulang Kali.
- Kemudahan perubatan kecemasan untuk kes-kes tertentu. (Kemungkinan perlu menanggung sendiri kos perubatan).
- Tempoh slot Raudhah melalui Aplikasi Nusuk.
- Tidak Dibenarkan membawa pulang Air Zam-Zam.
VISA UMRAH
- Perlu Biometrik untuk pengesahan.
- Tempoh sah visa 90 hari atau mengikut tarikh yang tertera di dalam visa.
- Tempoh berada di Arab Saudi 90 hari atau mengikut tarikh yang tertera di dalam visa.
- Kemasukan ke Arab Saudi Hanya Sekali.
- Kemudahan Perkhidmatan di Hospital Kerajaan Arab Saudi.
- Tempoh slot Raudhah melalui Aplikasi Nusuk. (Berpeluang untuk memasuki Raudhah 2 kali. Tertakluk kepada kekosongan slot).
- Dibenarkan membawa pulang Air Zam-Zam.
Hotel Makkah
MAKKAH TOWERS
@ Setaraf
HOTEL
- Bertaraf 5 Bintang
- Berhampiran dengan pintu King Adbul Aziz
- Jarak dari hotel ke dataran Masjidil Haram adalah 50 meter sahaja.
BILIK
- Bilik standard Non-View atau City View
- Persekitaran bilik selesa dan kondusif
- Dilengkapi TV LCD skrin rata yang menawarkan pelbagai saluran serta siaran langsung rakaman sekitar kaabah.
- Mempunyai kemudahan wifi.
- Mempunyai jenis bilik berdua, bertiga, berempat dan berlima. Bagi pilihan bilik yang lebih ekslusif, pelanggan boleh memilih di bahagian pillihan tambahan.
Hotel Madinah
RAMADA MADINAH AL KIBLAH
@ Setaraf
HOTEL
- Bertaraf 3 Bintang
- Hotel ini adalah kurang 50 meter dari dataran Masjid Nabawi.
- Berhadapan kiblat, pintu pagar 307 dan berhadapan dengan pintu masuk utama hotel.
- Berdekatan dengan pintu raudah dan juga berdekatan Quba' Street.
BILIK
- Bilik standard Non-View atau City View
- Dilengkapi TV LCD skrin rata yang menawarkan pelbagai saluran serta siaran langsung rakaman sekitar kaabah.
- Mempunyai kemudahan wifi.
- Mempunyai jenis bilik berdua, bertiga, berempat dan berlima.
MAKAN
- Fullboard Ekonomi: Makanan 3 kali sehari secara bufet yang disediakn oleh katering luar mengikut ketetapan waktu yang diberikan oleh pihak hotel.
- Persekitaran ruang makan yang selesa.
KELAS EKONOMI

- Tempat duduk yang selesa untuk penerbangan jarak jauh.
- Dilengkapi skrin 13.3 inci yang menyediakan pelbagai saluran filem, siaran sukan secara langsung, podcast, permainan dan banyak lagi.
- Menyediakan kit kesegaran secara percuma
- Hidangan yang disediakan termasuk pencuci mulut, pembuka selera dan menu utama.
- Syarikat penerbangan 10 terbaik dunia.

- Tempat duduk yang selesa untuk penerbangan jarak jauh.
- Tempat duduk mempunyai ciri "articulated movement" yang membolehkan penyesuaian tempat duduk automatik mengikut pergerakkan badan.
- Dilengkapi monitor 9 inci yang menyediakan 24 stesen video dan 1 stesen audio.
- Hidangan yang disediakan termasuk menu daripada Arab, barat, negara destinasi, juga hidangan vegetarian dan pencuci mulut yang enak.
- Penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Jeddah/Medinah.
Barang Hadiah
- Pihak Az Zuha Group Travel & Tours berbesar hati untuk memberi hadiah percuma kepada semua pelanggan termasuk pelanggan kanak-kanak yang berusia atas 12 tahun. Barangan hadiah yang Az Zuha tawarkan adalah yang berkualiti, cantik dan berbaloi untuk para jemaah yang sangat kami hargai. Barangan hadiah tersebut terdiri daripada:
- Beg Bagasi 24"
- Beg Bagasi 20"
- Beg Kasut
- Beg Silang
- Buku Panduan Umrah
AIR ZAM-ZAM
- Hadiah yang sangat istimewa kepada semua jemaah adalah air zam-zam. Jemaah yang pulang ke Tanah Air melalui Lapangan Jeddah atau Madinah akan berpeluang mendapat air zam-zam secara percuma. Walau bagaimanapun ianya masih tertakluk kepada kebenaran kerajaan Arab Saudi dan stok semasa di sana. Sekiranya tidak berpeluang membawa pulang air zam-zam, jemaah masih dapat menikamati air zam-zam yang segar sepanjang berada di dalam Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.
Program Ziarah
3 KALI ZIARAH DI MAKKAH
- Ziarah Ja'ranah - Bukit Nur, Arafah, Muzdalifah, Mina, Masjid Ja'ranah, Bukit Tsur.
- Ziarah Kota Thoif - Masjid Ibnu Abbas, Kilang Ros, Masjid Qarnul Manazil.
-
Ziarah Hudaibiyah - Muzium Haramain / Muzium Al-Amoudi, Masjid Hudaibiyah
(Kecuali untuk pakej penerbangan Emirates Airlines)
Previous
Next
2 KALI ZIARAH DI MADINAH
- Ziarah dalam Masjid Nabawi - Saqifah Bani Saidah, Raudhah, Makam Rasulullah SAW dan, Perkuburan Baqi' (lelaki sahaja)
- Ziarah luar kota Madinah - Masjid Quba', Ladang Kurma, Bukit Uhud, Masjid Tujuh (khandaq), Masjid Qiblatain.
*Sebarang perubahan sesi ziarah adalah tertakluk kepada kebenaran & SOP semasa kerajaan Arab Saudi.
Previous
Next
Khursus Umrah & Bimbingan
- Kursus umrah secara bersemuka dan online akan diadakan secara mingguan dan bulanan kepada semua pelanggan Az Zuha mengikut lokasi tertentu yang akan dimaklumkan melalui hebahan di media sosial dan secara terus kepada pegawai jualan dan pelanggan.
- Pelanggan dikehendaki memilih lokasi dan tarikh yang bersesuai mengikut jadual yang ditetapkan.
- Bimbingan berkaintan hukum hakam juga akan diberikan kepada jemaah sepanjang jemaah berada di Tanah Suci.
Perkhidmatan di Lapangan Terbang
- Azzuha mempunyai pegawai yang akan menunggu dilapangan terbang KLIA dan di lapangan terbang Jeddah/Madinah setiap kali jemaah Az Zuha akan terbang bagi memudahkan urusan pendaftaran masuk bagasi (check in) jemaah dan urusan taklimat penerbangan. Pegawai yang bertugas boleh dikenali dengan pakaian seragam langkap Az Zuha.
Terma & Syarat Penerimaan Tawaran Perkhidmatan Umrah
- Pelanggan perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak syarikat atau wakil syarikat yang sah untuk mendapatkan maklumat kekosongan pada tarikh yang dipilih serta mendapatkan maklumat lengkap mengenai pakej tersebut.
- Syarikat menawarkan dua (2) pilihan kategori bilik seperti di bawah. Kedua-dua kategori bilik ini mempunyai pilihan bilik quint, quad, triple dan double. Pelanggan perlu menetapkan pilihan bilik ketika membuat pendaftaran.
- Bilik Keluarga (Family Room) – campuran ahli keluarga mengikut mahram.
Contoh : Pelanggan yang menempah bilik berlima (quint) bagi kategori ini mesti mendatangkan lima orang. Caj tambahan akan dikenakan sekiranya pelanggan tidak dapat memenuhi jumlah bilangan penginap bagi jenis bilik yang telah dipilih. - Bilik Berkongsi (Sharing Room) – campuran mengikut jenis jantina. Penginap bagi bilik berkongsi akan ditentukan oleh pihak syarikat mengikut bilangan pelanggan semasa tempahan bilik dilakukan.
- Bilik Keluarga (Family Room) – campuran ahli keluarga mengikut mahram.
- Setiap tempahan perlu disertakan dengan wang deposit sebanyak RM1,500 seorang termasuk bayaran visa. Bayaran penuh perlu dijelaskan selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh penerbangan bagi mengelakkan pembatalan pakej.
- Pembayaran hanya boleh dibuat melalui pindahan atas talian (online transfer) di atas nama Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd melalui nombor akaun MAYBANK ISLAMIC: 5622 6350 8886. Pembayaran melalui pihak ketiga tidak diterima. Bukti pembayaran perlu diserahkan kepada pihak syarikat.
- Semua pakej umrah tertakluk kepada syarat kelulusan visa dari kerajaan Arab Saudi.
- Aturcara perjalanan dan lawatan yang ditawarkan tertakluk kepada perubahan SOP semasa oleh kerajaan Arab Saudi.
- Setiap pelanggan diwajibkan mempunyai telefon pintar yang menyokong aplikasi Nusuk. Aplikasi ini wajib dimuat turun oleh pelanggan untuk digunapakai di Arab Saudi.
- Pelanggan yang bercadang memanjangkan tempoh tinggal di Arab Saudi untuk aktiviti perjalanan peribadi mesti mendapatkan kebenaran dari pihak Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd terlebih dahulu.
- Pihak pengurusan Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd berhak untuk menolak, mengubah, meminda, memadam atau menambah terma dan syarat yang dinyatakan atau menarik balik sebarang promosi pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
PAKEJ TERMASUK
- Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk cukai penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.
- Permohonan Visa Pelancong (tertakluk kepada kelulusan dan perubahan SOP semasa kerajaan Arab Saudi):
- Visa ini akan digunapakai dan hanya dibenarkan kepada pelanggan warganegara Malaysia, Singapura dan Brunei sahaja di kawasan Asia Tenggara.
- Pelanggan berumur 18 tahun ke atas boleh memohon sendiri, manakala pelanggan berumur di bawah 18 tahun boleh memohon bersama penjaga.
- Visa sah digunapakai selama setahun dari tarikh permohonan. Tempoh maksima dibenar tinggal di Arab Saudi adalah selama 3 bulan (90 hari). Visa ini adalah kemasukan berulang (multiple entry).
- Harga visa termasuk dengan pelan insurans Covid-19 yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi.
- Visa ini hanya terpakai kepada penerbangan berjadual (schedule flight) sahaja yang masuk melalui Terminal Antarabangsa Arab Saudi. Penerbangan sewa khas (charter flight) tidak dibenarkan menggunakan visa ini.
- Pihak Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab atas kerugian sekiranya permohonan yang diproses tidak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi atas faktor-faktor tertentu atau faktor keselamatan. Setiap permohonan yang tidak diluluskan hendaklah dirujuk terus kepada Kedutaan Arab Saudi.
- Atau permohonan Visa Umrah (tertakluk kepada kelulusan dan perubahan SOP semasa Arab Saudi):
- Visa ini ini hanya akan digunapakai kepada warganegara selain Malaysia, Singapura, dan Brunei, atau mereka yang memerlukan dan tertakluk atas faktor-faktor tertentu yang akan dinilai oleh Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd.
- Pelanggan lelaki di bawah umur 18 tahun serta pelanggan wanita berumur 45 tahun ke bawah perlu kepada mahram.
- Pelanggan perlu mengemukakan salinan dokumen mahram yang disahkan oleh Jabatan Kerajaan berkaitan.
- Visa sah digunapakai selama 30 hari dari tarikh dikeluarkan. Tempoh maksima dibenar tinggal di Arab Saudi adalah selama 30 hari. Visa ini adalah kemasukan sekali (single entry).
- Harga visa termasuk dengan pelan insurans Covid-19 yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi.
- Pihak Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab atas kerugian sekiranya permohonan yang diproses tidak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi atas faktor-faktor tertentu atau faktor keselamatan. Setiap permohonan yang tidak diluluskan hendaklah dirujuk terus kepada Kedutaan Arab Saudi.
- Penginapan, makan dan minum serta pengangkutan di Arab Saudi seperti mana dinyatakan di dalam pakej.
- Tempat lawatan seperti mana yang dinyatakan dalam pakej (tertakluk kepada kebenaran semasa kerajaan Arab Saudi dan tertakluk kepada sebarang perubahan SOP semasa).
- Barang hadiah seperti mana dinyatakan dalam pakej.
- Air Zamzam (tertakluk kepada kebenaran semasa kerajaan Arab Saudi).
PAKEJ TIDAK TERMASUK
- Kos rawatan, ubat-ubatan, wad dan kuarantrin di hospital Arab Saudi yang tidak dilindungi atau melebihi perlindungan insurans.
- Perkhidmatan porter atau khidmat tambahan lain di lapangan terbang atau di Arab Saudi yang tidak dinyatakan di dalam pakej.
- Penggantian nilai barangan peribadi yang hilang di mana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan caj lebihan timbangan bagasi.
- Sebarang perubahan kadar matawang asing yang menyebabkan kenaikan harga penginapan, pengangkutan, tiket penerbangan, cukai penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.
- Program lawatan atau aktiviti ke tempat yang tidak dinyatakan dalam pakej.
- Makan dan minum yang tidak dinyatakan dalam pakej.
MENARIK DIRI / PEMBATALAN
- Pelanggan berdaftar tidak dibenarkan menarik diri tanpa sebarang sebab yang kukuh.
- Permohonan pembatalan perlu dikemukakan melalui surat dan bukti bertulis dari mana-mana organisasi (sekiranya ada) atas nama Pengarah Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd.
- Pembatalan dalam tempoh 45 hari dari tarikh penerbangan tidak akan mendapat pulangan wang. Sekiranya masih ada baki pembayaran yang belum dijelaskan, surat tuntutan dari firma guaman akan dikeluarkan.
- Pembatalan yang melebihi tempoh 45 hari dari tarikh penerbangan akan dikenakan caj RM1,000 seorang serta caj-caj yang melibatkan tempahan tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan, visa yang telah dibuat dan lain-lain caj yang berkaitan. Jenis-jenis caj adalah seperti di Lampiran 7.
- Pelanggan yang berdaftar tertakluk kepada syarat-syarat pembatalan yang ditetapkan Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd.
PEMBATALAN DISEBABKAN FAKTOR LUAR KAWALAN SYARIKAT
- Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd berhak membatalkan tempahan pakej umrah jika berlaku keadaan luar jangka dan memaksa seperti pandemik, bencana alam, perang, mogok, rusuhan atau atas arahan kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.
- Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd akan mengesyorkan tarikh alternatif yang sama nilai dengan pakej umrah yang ditempah oleh pelanggan.
- Sekiranya pelanggan tidak menerima tawaran alternatif yang diberikan, semua wang yang telah dibayar akan dipulangkan kembali selepas ditolak caj berikut:
- Caj RM300 atau 15% seorang dari harga pakej (mengikut mana yang lebih tinggi) serta termasuk;
- Apa-apa caj penalti yang dikenakan oleh syarikat penerbangan atau;
- Sebarang bayaran yang telah dibayar oleh Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd kepada mana-mana pembekal atau pihak ketiga.
- Pelanggan yang berdaftar tertakluk kepada semua syarat-syarat pembatalan yang telah ditetapkan oleh Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd.
PEMBATALAN OLEH SYARIKAT
- Sekiranya keadaan memerlukan Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd membatalkan perjalanan pakej umrah disebabkan kekurangan pelanggan atau ketidakmampuan untuk memperoleh kemudahan pengangkutan atau penginapan, semua wang yang telah dibayar oleh pelanggan akan dipulangkan.
- Pembatalan dalam tempoh 8 – 4 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan diberi pampasan sebanyak RM150 seorang.
- Pembatalan dalam tempoh 1 – 7 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan diberi pampasan sebanyak RM225 seorang.
- Pembatalan pada hari penerbangan akan diberi pampasan sebanyak RM300 seorang.
Pilihan Tambahan
BILIK KHAS HOTEL MAKKAH
‹ Side Haram View ›
Bilik Side Haram View menampakkan sekurang-kurangnya sebahagian dari bangunan Masjid Al Haram.
CAJ TAMBAHAN
+
HARGA
RM1,000/bilik
*tertakluk kepada perubahan semasa.
‹ Kaabah View ›
Bilik Kaabah View menampakkan sekurang-kurangnya sebahagian dari Kaabah.
CAJ TAMBAHAN
+
HARGA
RM3,000/bilik
*tertakluk kepada perubahan semasa.
- Tambahan naik taraf bilik khas tertakluk kepada kekosongan semasa. Tempahan perlu dibuat sebulan sebelum penerbangan.
- Bayaran penuh bagi naik taraf bilik khas perlu dibuat ketika permohonan.
- Bilik Side Haram View menampakkan sekurang-kurangnya sebahagian dari bangunan Masjid Al Haram dan bilik Kaabah View menampakkan sekurang-kurangnya sebahagian dari Kaabah.
- Pembatalan tempahan bilik khas perlu dilakukan 2 minggu sebelum penerbangan. Sekiranya pelanggan membuat pembatalan tempahan kurang 2 minggu sebelum penerbangan, tiada pulangan wang akan diberikan.
- Pelanggan perlu mengetahui terma yang biasa digunakan oleh hotel-hotel bagi pakej makan dan ia terdiri dari beberapa kategori.
- Bed Breakfast – Sarapan pagi secara bufet.
- Fullboard – Sarapan pagi, makan tengahari dan malam secara bufet.
- Pakej makan Fullboard di Arab Saudi pula terbahagi kepada beberapa kelas.
- Fullboard Ekonomi – Makanan ekonomi 3 kali sehari secara bufet yang disediakan oleh katering luar.
- Fullboard Far East – Makanan masyarakat Asia 3 kali sehari secara bufet yang disediakan oleh restoran hotel.
- Fullboard International – Makanan antarabangsa 3 kali sehari secara bufet yang disediakan oleh restoran hotel.
- Makanan bagi pakej asas yang biasa disediakan di hotel Makkah adalah jenis Bed Breakfast International manakala di hotel Madinah adalah jenis Fullboard Ekonomi. Pelanggan boleh memilih untuk menaik taraf pakej makan dari Bed Breakfast kepada Fullboard International atau naik taraf kelas Fullboard Ekonomi kepada Fullboard International sahaja.
- Sekiranya pelanggan tidak melakukan tempahan menaik taraf ini melalui Azzuha, pelanggan boleh juga membuat tempahan secara terus dengan pihak hotel semasa berada disana.
PENERBANGAN KELAS PERNIAGAAN

- Tempat duduk kelas perniagaan mempunyai fungsi bole laras dan tempat merehatkan kepala yang dilengkapi dengan sayap berlapis yang membolehkan penumpang menikmati keselesaan maksimum.
- Tempat duduk turut tersedia dengan sistem hiburan melalui monitor 15-inci bukan hanya mengandungi filem dan muzik tetapi boleh juga memaparkan pemandangan melalui kamera depan dan ke bawah pesawat dikenali sebagai “pandangan mata juru terbang”.
CAJ TAMBAHAN
+
Naik Taraf Kepada Kelas Perniagaan
KELAS PERNIAGAAN | HARGA |
---|---|
SV KELAS I | RM 6,500/pax |
SV KELAS D | RM 7,500/pax |
SV KELAS C | RM 12,500/pax |
SV KELAS J | RM20,100/pax |
Tempahan Tiket Kelas Perniagaan FIT (Fully Independent Traveler)
KELAS PERNIAGAAN | HARGA |
---|---|
SV KELAS I | RM 8,500/pax |
SV KELAS D | RM 11,500/pax |
SV KELAS C | RM 12,500/pax |
SV KELAS J | RM 20,100/pax |
Tempahan Tiket Kelas Perniagaan (Berkumpulan)
KELAS PERNIAGAAN | HARGA |
---|---|
SV KELAS J | RM 8,000/pax |
- Naik taraf tiket kelas perniagaan
- Tempahan hanya boleh dibuat selepas tiket ekonomi dikeluarkan
- Tempat duduk dan jenis kelas tertakluk kepada kekosongan semasa.
- Bayaran penuh harga tambahan perlu dibuat ketika permohonan naik taraf, selewatnya 45 hari sebelum penerbangan.
- Tempahan hanya sah selama 1 jam sahaja. Sekiranya tiada pembayaran dibuat, tempahan perlu dibuat semula tertakluk kepada kokosongan semasa.
- Sekiranya tiada jenis kelas yang sama ketika penerbangan pergi dan balik, pelanggan dicadangkan mengambil kelas berbeza dan harga akan berubah mengikut jenis kelas.
- Harga tertakluk kepada perubahan semasa syarikat penerbangan.
- Tempahan tiket kelas perniagaan FIT (fully independent traveler)
- Bayaran penuh tiket penerbangan (FIT) perlu dijelaskan ketika memohon. Salinan muka depan passpot perlu diberikan bersama.
- Tempahan boleh dibuat terus tanpa menunggu tiket ekonomi dikeluarkan.
- Tempahan tertakluk kepada kekosongan semasa.
- Tempahan hanya sah selama 1 jam sahaja. Sekiranya tiada pembayaran dibuat, tempahan perlu dibuat semual atas kekosongan semasa.
- Sekiranya tiada kelas yang sama ketika penerbangan pergi dan balik, dicadangkan untuk kelas berbeza dan harga akan berubah mengikut kelas.
- Pelanggan yang telah membayar tiket kelas ekonomi secara penuh, bayaran akan dipulangkan.
- Harga tertakluk kepada perubahan semasa syarikat penerbangan.
- Tempahan kelas perniagaan (berkumpul)
- Tempahan minima 10 orang pelanggan
- Jumlah kanak-kanak tidak boleh melebihi 10% dari jumlah kumpul.
- Bayaran penuh kelas perniagaan (berkumpul) perlu dijelaskan ketika memohon, selewatnya 45 hari sebelum penerbangan.
- Harga tertakluk kepada perubahan semasa syarikat penerbangan.
- Manarik Diri / Pembatalan
- Pelanggan yang menaik taraf tiket kelas ekonomi kepada tiket kelas perniagaan atau membuat tempahan tiket kelas perniagaan FIT tidak dibenarkan membuat pembatalan setelah tiket penerbangan dikeluarkan.
- Sekiranya masih ingin membuat pembatalan, pelanggan akan dikenakan caj tambang penuh tiket kelas perniagaan yang telah dikeluarkan.
- Bagi tiket kelas perniagaan berkumpul, pelanggan yang membuat pembatalan akan dikenakan caj tambahan tiket seperti berikut:-
- Dalam tempoh 60 hari dari tarikh penerbangan – 15% daripada harga tambang.
- Dalam tempoh 59-30 hari dari tarikh penerbangan – 25% daripada harga tambang.
- Dalam tempoh 29-15 hari dari tarikh penerbangan – 50% daripada harga tambang.
- Dalam tempoh 14 hari – tiada bayaran balik tambang tiket penerbangan diberikan.
PENGANGKUTAN KERETA API DI HARAMAIN
Pelanggan boleh memilih untuk menaiki Haramain Highspeed Railway (HHR) bersama pengangkutan terpilih untuk merasai perjalanan berbeza dan lebih pantas. Pelanggan perlu mengisi borang yang disediakan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.
KELAS EKONOMI
- Tempat letak tangan boleh lipat.
- Sandaran kepala tempat duduk.
- Tempat duduk yang selesa.
- Meja lipat.
- Rak akhbar dan majalah.
- Lampu bacaan.

KELAS PERNIAGAAN
- Tempat letak tangan boleh lipat.
- Sandaran kepala tempat duduk.
- Tempat duduk yang selesa.
- Meja lipat.
- Rak akhbar dan majalah.
- Lampu bacaan.
- Skrin video dengan fon kepala.

CAJ TAMBAHAN
SEKTOR PERJALANAN | HARGA (Kelas Ekonomi) |
HARGA (Kelas Ekonomi) |
BUTIRAN |
---|---|---|---|
Stesen Madinah - Stesen Makkah Stesen Makkah - Stesen Madinah |
RM 290/pax (Dewasa) RM 150/pax (Kanak-Kanak) RM 30/pax (Bayi) |
RM 540/pax (Dewasa) RM 330/pax (Kanak-Kanak) RM 55/pax (Bayi) |
Pelanggan perlu menaiki teksi atau kenderaan lain dari/ke hotel |
1) Terma dan syarat umum
- Harga pakej HHR yang ditawarkan adalah perjalan sehala berdasarkan musim biasa.
- Harga pada musim puncak dan Ramadan mungkin berbeza tertakluk kepada perubahan harga semasa syarikat HHR dan syarikat pengendali pengangkutan di Arab Saudi.
- Pelanggan hanya ditawarkan pakej perjalanan dari stesen Madinah ke stesen Makkah dan sebaliknya sahaja.
- Pelanggan perlu memilih pengangkutan yang sesuai berdasarkan bilangan minima yang telah ditetapkan pada pakej.
- Sekiranya pelanggan memilih pengangkutan dan tidak dapat memenuhi bilangan minima, harga yang ditawarkan akan berubah.
- Pelanggan perlu membuat bayaran penuh harga tempahan ini ketika memohon.
- Sebarang perubahan atau pembatalan tempatan tertakluk kepada terma dan syarat syarikat HHR dan pengendali pengangkutan serta kos yang terlibat.
- Sebarang perubahan harga tiket HHR tertakluk pada perubahan semasa dan caj perubahan harga tersebut akan dikenakan.
2) Terma dan syarat HHR
- Kanak-kanak yang berusia 2 hingga 12 tahun mesti ditemani oleh orang dewasa yang berusia 18 tahun ke atas dalam kumpulan. Bayi bawah umur 2 tahun mesti ditemani oleh orang dewasa pada nisbah 1:1.
- Bayi bawah umur 2 tahun tidak akan menerima tempat duduk dalam Kelas Perniagaan atau Kelas Ekonomi.
- Pelanggan hanya dibenarkan membawa satu bagasi utama bersaiz 65x55x35cm atau yang lebih kecil saiznya ketika menaiki HHR. Berat maksima bagasi ialah 25kg. Tempat daftar masuk bagasi akan dibuka 2 jam sebelum berlepas.
- Pelanggan dibenarkan membawa beg tambahan seperti beg silang, beg komputer riba, beg kamera atau yang sama sepertinya. Pelanggan mesti membawa pasport ketika dalam perjalanan untuk pengesahan nama dan umur.
- Pelanggan bertanggungjawab memegang tiket yang sah untuk keseluruhan perjalanan.
- Pejabat tiket akan ditutup 20 minit sebelum berlepas untuk jualan dan pertanyaan berkaitan perkhidmatan berlepas.
- Demi keselamatan, kanak-kanak mesti diawasi pada setiap masa.
- Pelanggan berhak mendapat bayaran balik dan/atau pampasan selaras dengan komitmen Piagam Penumpang HHR apabila perkhidmatan dibatalkan atau ditangguhkan melebihi 2 jam jika keadaan dalam kawalan HHR.
- Apabila perkhidmatan dibatalkan kerana situasi tidak dijangka, HHR akan dikecualikan daripada memberi pampasan kepada pelanggan selaras dengan Piagam Penumpang, selain daripada menyediakan bayaran balik penuh kepada pelanggan.
- Jika pelanggan datang lewat ke pintu masuk, kemasukkan akan ditolak oleh HHR dan tiada pulangan bayaran tiket.
- Semua tiket tidak boleh dipindah milik, dan hanya boleh digunakan oleh orang yang dinamakan pada tiket.
- Pihak HHR berhak untuk meminda harga tiket pada bila-bila masa.
- HHR juga berhak untuk membatalkan, meminda atau menjadualkan semula sebarang tawaran promosi tanpa notis. Pelanggan dilarang membawa senjata dan barang yang tajam (gunting/pisau/dll).
- Makanan dan minuman luar tidak dibenarkan dibawa ke dalam HHR.
3) Perubahan dan pembatalan tiket HHR.
-
Perubahan 24 jam sebelum berlepas:
Kelas Ekonomi - 10% dari harga tiket | Kelas Perniagaan - Pecuma -
Perubahan 24 jam - 20 minit sebelum berlepas:
Kelas Ekonomi - 20% dari harga tiket | Kelas Perniagaan - 10% dari harga tiket -
Perubahan kurang dari 20 minit sebelum berlepas:
Tidak dibenarkan -
Pembatalan 24 jam sebelum berlepas:
Kelas Ekonomi - 20% dari harga tiket | Kelas Perniagaan - Percuma -
Pembatalan 24 jam - 20 minit sebelum berlepas:
Kelas Ekonomi - 50% dari harga tiket | Kelas Perniagaan - 35% dari harga tiket -
Pemabatalan kurang 20 minit sebelum berlepas:
Tidak dibenarkan.