fbpx
TERHAD

PAKEJ UMRAH

SAFWAH + Turki

" Menjalani Ibadah Dengan Penuh Ibrah "

TERBARU

PAKEJ UMRAH

SAFWAH + Turki

" Menjalani Ibadah Dengan Penuh Ibrah "

Harga

UMRAH PLUS TURKI 14H/12M

PAKEJ SEKTOR JENIS BILIK-ARAB SAUDI JENIS BILIKTURKI
QUINT QUAD TRIPLE DOUBLE
UMRAH PLUS TURKI KUL-JED / JED-IST
IST-MED / JED-KUL
RM12,890 RM13,190 RM13,690 RM14,890 TWIN/DOUBLE/TRIPLE
KANAK-KANAK (2 TAHUN - 12 TAHUN SAHAJA) BAYI (BAWAH 2 TAHUN)
UMRAH TURKI RM2,000 SEORANG
DISKAUN TANPA KATIL RM250 SEORANG DISKAUN TANPA KATIL RM150 SEORANG
KANAK-KANAK (2 TAHUN - 7 TAHUN SAHAJA)
UMRAH TURKI
DISKAUN TANPA KATIL RM550 SEORANG DISKAUN TANPA KATIL RM250 SEORANG
PAKEJ MAKKAH TEMPOH MAKAN MADINAH TEMPOH MAKAN
UMRAH PLUS TURKI AL SAFWAH ROYAL ORCHID
★★★★★
5 MALAM BED BREAKFAST (INTERNATIONAL) RAMADA MADINAH AL KIBLAH
★★★
4 MALAM FULLBOARD (FAR EAST EKONOMI)
BURSA TEMPOH MAKAN ISTANBUL TEMPOH MAKAN
GORUKLE ORUC HOTEL & SPA
★★★★
1 MALAM BED BREAKFAST (TGH HARI, MALAM DI RESTORAN) ROYAL STAY PALACE HOTEL
★★★★★
2 MALAM BED BREAKFAST (TGH HARI, MALAM DI RESTORAN)

DEPOSIT DAN BAYARAN PENUH

  1. Deposit perlu dibayar sewaktu pendaftaran dilakukan dengan jumlah RM1,500 seorang dan bayaran penuh dijelaskan dalam tempoh 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Bayaran deposit ini telah termasuk bayaran visa.
  2. Pembayaran hanya boleh dibuat melalui pindahan atas talian (online transfer) ke akaun:
  3. Pembayaran melalui pihak ketiga tidak diterima. Bukti pembayaran perlu diserahkan kepada pihak syarikat.
  4. Slip pembayaran perlu diserahkan kepada syarikat dan pelanggan perlu mendapatkan resit pembayaran daripada wakil syarikat selepas bayaran dibuat.

DISKAUN

  1. Baucar Diskaun Alumni Az Zuha (Jemaah Ulangan)
    • Alumni Az Zuha (jemaah ulangan) akan diberikan baucar diskaun bagi ulangan kali pertama dan seterusnya sebanyak RM100 seorang. Jemaah ulangan juga bole membuat pilihan untuk menambah diskaun sebanyak RM50.00 seorang untuk penolakkan bagasi Az Zuha.
    • Tawaran baucar ini terhad kepada 2000 jemaah terawal sahaja. Tempoh sah laku baucar alumni Az Zuha adalah selama satu (1) tahun sahaja dari tarikh baucar tersebut dikeluarkan. Jemaah perlu menuntut baucar alumni tersebut pada pegawai jualan atau hadir ke ibu pejabat / cawangan Az Zuha yang berhampiran.

  2. Diskaun Pelanggan Berkumpulan
    • Permohonan diskaun dibenarkan kepada pelanggan yang datang secara berkumpulan (melebihi 25 orang). Jumlah yang diberikan adalah sebanyak RM100.00 seorang.

  3. Diskaun Pelanggan OKU
    • Pelanggan yang memegang kad OKU akan diberikan diskaun sebanyak RM150.00 seorang.

VISA

  1. Syarikat menawarkan dua (2) jenis visa kepada pelanggan iaitu:
    • Visa Pelancong
    • Visa Umrah
  2. Pelanggan diberi pilihan antara kedua-dua visa diatas, tetapi keutamaan syarikat adalah kepada Visa Umrah
  3. Bagi pelanggan yang telah mempunyai visa dan belum tamat tempoh pada tarikh penerbangan, penolakan sebanyak RM500 akan diberikan.
  4. Perbezaan kedua-dua jenis visa ini adalah seperti berikut:
  1. Syarikat menawarkan dua (2) jenis visa kepada pelanggan iaitu:
    A VISA PELANCONG
    B VISA UMRAH
  2. Pelanggan diberi pilihan antara kedua-dua visa diatas, tetapi keutamaan syarikat adalah kepada Visa Umrah
  3. Bagi pelanggan yang telah mempunyai visa dan belum tamat tempoh pada tarikh penerbangan, penolakan sebanyak RM500 akan diberikan.
  4. Perbezaan kedua-dua jenis visa ini adalah seperti berikut:

 

VISA PELANCONG

VISA UMRAH

Hotel Bursa

GORUKLE ORUC HOTEL & SPA

@ Setaraf

HOTEL

BILIK

Hotel Istanbul

ROYAL STAY PALACE HOTEL

@ Setaraf

HOTEL

BILIK

Makan

SARAPAN

Restoran di kedua-dua buah hotel menyediakan sarapan secara bufet kepada semua pelanggannya dengan pelbagai makanan terdiri dari menu antarabangsa dan tempatan disamping ruang makan yang menarik dan selesa.

MAKAN TENGAH HARI DAN MAKAN MALAM

Pelanggan akan dibawa ke restoran berdekatan dengan lokasi ziarah atau di hotel penginapan yang menyediakan hidangan antarabangsa dan tempatan.

Ziarah Turki

Kota Istanbul

Blue Mosque

Hagia Sophia

Topkapi Palace Museum

Hippadrome

Masjid Abu Ayyub Al-Ansari

Pierre Loti

Grand Bazaar

Spice Bazaar

Bosphorus Cruise

Turkish Delight Shop

Kota Bursa

Grand Mosque of Bursa

Koza Han

Hotel Makkah

AL SAFWAH ROYALE ORCHID

@ Setaraf

HOTEL

BILIK

MAKAN

Hotel Madinah

RAMADA MADINAH AL KIBLAH

@ Setaraf

HOTEL

BILIK

MAKAN

Sektor Penerbangan

Barang Hadiah

AIR ZAM-ZAM

Program Ziarah

3 KALI ZIARAH DI MAKKAH
2 KALI ZIARAH DI MADINAH

*Sebarang perubahan sesi ziarah adalah tertakluk kepada kebenaran & SOP semasa kerajaan Arab Saudi.

Khursus Umrah & Bimbingan

  1. Kursus umrah secara bersemuka dan online akan diadakan secara mingguan dan bulanan kepada semua pelanggan Az Zuha mengikut lokasi tertentu yang akan dimaklumkan melalui hebahan di media sosial dan secara terus kepada pegawai jualan dan pelanggan.
  2. Pelanggan dikehendaki memilih lokasi dan tarikh yang bersesuai mengikut jadual yang ditetapkan.
  3. Bimbingan berkaintan hukum hakam juga akan diberikan kepada jemaah sepanjang jemaah berada di Tanah Suci.

Perkhidmatan di Lapangan Terbang

  1. Azzuha mempunyai pegawai yang akan menunggu dilapangan terbang KLIA dan di lapangan terbang Jeddah/Madinah setiap kali jemaah Az Zuha akan terbang bagi memudahkan urusan pendaftaran masuk bagasi (check in) jemaah dan urusan taklimat penerbangan. Pegawai yang bertugas boleh dikenali dengan pakaian seragam langkap Az Zuha.

Terma & Syarat Penerimaan Tawaran Perkhidmatan Umrah

  1. Pelanggan perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak syarikat atau wakil syarikat yang sah untuk mendapatkan maklumat kekosongan pada tarikh yang dipilih serta mendapatkan maklumat lengkap mengenai pakej tersebut.
  2. Syarikat menawarkan dua (2) pilihan kategori bilik seperti di bawah. Kedua-dua kategori bilik ini mempunyai pilihan bilik quint, quad, triple dan double. Pelanggan perlu menetapkan pilihan bilik ketika membuat pendaftaran.
    • Bilik Keluarga (Family Room) – campuran ahli keluarga mengikut mahram.
      Contoh : Pelanggan yang menempah bilik berlima (quint) bagi kategori ini mesti mendatangkan lima orang. Caj tambahan akan dikenakan sekiranya pelanggan tidak dapat memenuhi jumlah bilangan penginap bagi jenis bilik yang telah dipilih.
    • Bilik Berkongsi (Sharing Room) – campuran mengikut jenis jantina. Penginap bagi bilik berkongsi akan ditentukan oleh pihak syarikat mengikut bilangan pelanggan semasa tempahan bilik dilakukan.
  3. Setiap tempahan perlu disertakan dengan wang deposit sebanyak RM1,500 seorang termasuk bayaran visa. Bayaran penuh perlu dijelaskan selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh penerbangan bagi mengelakkan pembatalan pakej.
  4. Pembayaran hanya boleh dibuat melalui pindahan atas talian (online transfer) di atas nama Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd melalui nombor akaun MAYBANK ISLAMIC: 5622 6350 8886. Pembayaran melalui pihak ketiga tidak diterima. Bukti pembayaran perlu diserahkan kepada pihak syarikat.
  5. Semua pakej umrah tertakluk kepada syarat kelulusan visa dari kerajaan Arab Saudi.
  6. Aturcara perjalanan dan lawatan yang ditawarkan tertakluk kepada perubahan SOP semasa oleh kerajaan Arab Saudi.
  7. Setiap pelanggan diwajibkan mempunyai telefon pintar yang menyokong aplikasi Nusuk. Aplikasi ini wajib dimuat turun oleh pelanggan untuk digunapakai di Arab Saudi.
  8. Pelanggan yang bercadang memanjangkan tempoh tinggal di Arab Saudi untuk aktiviti perjalanan peribadi mesti mendapatkan kebenaran dari pihak Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd terlebih dahulu.
  9. Pihak pengurusan Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd berhak untuk menolak, mengubah, meminda, memadam atau menambah terma dan syarat yang dinyatakan atau menarik balik sebarang promosi pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
PAKEJ TERMASUK
  1. Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk cukai penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.
  2. Permohonan Visa Pelancong (tertakluk kepada kelulusan dan perubahan SOP semasa kerajaan Arab Saudi):
    • Visa ini akan digunapakai dan hanya dibenarkan kepada pelanggan warganegara Malaysia, Singapura dan Brunei sahaja di kawasan Asia Tenggara.
    • Pelanggan berumur 18 tahun ke atas boleh memohon sendiri, manakala pelanggan berumur di bawah 18 tahun boleh memohon bersama penjaga.
    • Visa sah digunapakai selama setahun dari tarikh permohonan. Tempoh maksima dibenar tinggal di Arab Saudi adalah selama 3 bulan (90 hari). Visa ini adalah kemasukan berulang (multiple entry).
    • Harga visa termasuk dengan pelan insurans Covid-19 yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi.
    • Visa ini hanya terpakai kepada penerbangan berjadual (schedule flight) sahaja yang masuk melalui Terminal Antarabangsa Arab Saudi. Penerbangan sewa khas (charter flight) tidak dibenarkan menggunakan visa ini.
    • Pihak Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab atas kerugian sekiranya permohonan yang diproses tidak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi atas faktor-faktor tertentu atau faktor keselamatan. Setiap permohonan yang tidak diluluskan hendaklah dirujuk terus kepada Kedutaan Arab Saudi.
  3. Atau permohonan Visa Umrah (tertakluk kepada kelulusan dan perubahan SOP semasa Arab Saudi):
    • Visa ini ini hanya akan digunapakai kepada warganegara selain Malaysia, Singapura, dan Brunei, atau mereka yang memerlukan dan tertakluk atas faktor-faktor tertentu yang akan dinilai oleh Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd.
    • Pelanggan lelaki di bawah umur 18 tahun serta pelanggan wanita berumur 45 tahun ke bawah perlu kepada mahram.
    • Pelanggan perlu mengemukakan salinan dokumen mahram yang disahkan oleh Jabatan Kerajaan berkaitan.
    • Visa sah digunapakai selama 30 hari dari tarikh dikeluarkan. Tempoh maksima dibenar tinggal di Arab Saudi adalah selama 30 hari. Visa ini adalah kemasukan sekali (single entry).
    • Harga visa termasuk dengan pelan insurans Covid-19 yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi.
    • Pihak Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab atas kerugian sekiranya permohonan yang diproses tidak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi atas faktor-faktor tertentu atau faktor keselamatan. Setiap permohonan yang tidak diluluskan hendaklah dirujuk terus kepada Kedutaan Arab Saudi.
  4. Penginapan, makan dan minum serta pengangkutan di Arab Saudi seperti mana dinyatakan di dalam pakej.
  5. Tempat lawatan seperti mana yang dinyatakan dalam pakej (tertakluk kepada kebenaran semasa kerajaan Arab Saudi dan tertakluk kepada sebarang perubahan SOP semasa).
  6. Barang hadiah seperti mana dinyatakan dalam pakej.
  7. Air Zamzam (tertakluk kepada kebenaran semasa kerajaan Arab Saudi).
PAKEJ TIDAK TERMASUK
  1. Kos rawatan, ubat-ubatan, wad dan kuarantrin di hospital Arab Saudi yang tidak dilindungi atau melebihi perlindungan insurans.
  2. Perkhidmatan porter atau khidmat tambahan lain di lapangan terbang atau di Arab Saudi yang tidak dinyatakan di dalam pakej.
  3. Penggantian nilai barangan peribadi yang hilang di mana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan caj lebihan timbangan bagasi.
  4. Sebarang perubahan kadar matawang asing yang menyebabkan kenaikan harga penginapan, pengangkutan, tiket penerbangan, cukai penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.
  5. Program lawatan atau aktiviti ke tempat yang tidak dinyatakan dalam pakej.
  6. Makan dan minum yang tidak dinyatakan dalam pakej.
MENARIK DIRI / PEMBATALAN
  1. Pelanggan berdaftar tidak dibenarkan menarik diri tanpa sebarang sebab yang kukuh.
  2. Permohonan pembatalan perlu dikemukakan melalui surat dan bukti bertulis dari mana-mana organisasi (sekiranya ada) atas nama Pengarah Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd.
  3. Pembatalan dalam tempoh 45 hari dari tarikh penerbangan tidak akan mendapat pulangan wang. Sekiranya masih ada baki pembayaran yang belum dijelaskan, surat tuntutan dari firma guaman akan dikeluarkan.
  4. Pembatalan yang melebihi tempoh 45 hari dari tarikh penerbangan akan dikenakan caj RM1,000 seorang serta caj-caj yang melibatkan tempahan tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan, visa yang telah dibuat dan lain-lain caj yang berkaitan. Jenis-jenis caj adalah seperti di Lampiran 7.
  5. Pelanggan yang berdaftar tertakluk kepada syarat-syarat pembatalan yang ditetapkan Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd.
PEMBATALAN DISEBABKAN FAKTOR LUAR KAWALAN SYARIKAT
  1. Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd berhak membatalkan tempahan pakej umrah jika berlaku keadaan luar jangka dan memaksa seperti pandemik, bencana alam, perang, mogok, rusuhan atau atas arahan kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.
  2. Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd akan mengesyorkan tarikh alternatif yang sama nilai dengan pakej umrah yang ditempah oleh pelanggan.
  3. Sekiranya pelanggan tidak menerima tawaran alternatif yang diberikan, semua wang yang telah dibayar akan dipulangkan kembali selepas ditolak caj berikut:
    • Caj RM300 atau 15% seorang dari harga pakej (mengikut mana yang lebih tinggi) serta termasuk;
    • Apa-apa caj penalti yang dikenakan oleh syarikat penerbangan atau;
    • Sebarang bayaran yang telah dibayar oleh Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd kepada mana-mana pembekal atau pihak ketiga.
  4. Pelanggan yang berdaftar tertakluk kepada semua syarat-syarat pembatalan yang telah ditetapkan oleh Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd.
PEMBATALAN OLEH SYARIKAT
  1. Sekiranya keadaan memerlukan Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd membatalkan perjalanan pakej umrah disebabkan kekurangan pelanggan atau ketidakmampuan untuk memperoleh kemudahan pengangkutan atau penginapan, semua wang yang telah dibayar oleh pelanggan akan dipulangkan.
  2. Pembatalan dalam tempoh 8 – 4 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan diberi pampasan sebanyak RM150 seorang.
  3. Pembatalan dalam tempoh 1 – 7 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan diberi pampasan sebanyak RM225 seorang.
  4. Pembatalan pada hari penerbangan akan diberi pampasan sebanyak RM300 seorang.

Pilihan Tambahan

BILIK KHAS HOTEL MAKKAH

Side Haram View

Bilik Side Haram View menampakkan sekurang-kurangnya sebahagian dari bangunan Masjid Al Haram.

CAJ TAMBAHAN
+
HARGA
RM1,000/bilik
*tertakluk kepada perubahan semasa.
Kaabah View

Bilik Kaabah View menampakkan sekurang-kurangnya sebahagian dari Kaabah.

CAJ TAMBAHAN
+
HARGA
RM3,000/bilik
*tertakluk kepada perubahan semasa.

PAKEJ MAKANAN

Hotel Al Safwah Royale Orchid

Menghidangkan makanan yang pelbagai dengan citarasa antarabangsa serta pilihan roti-roti, koktail dan pencuci mulut

CAJ TAMBAHAN
+

 

Fullboard Far East
HARGA
RM670/pax

 

Fullboard International
HARGA
RM670/pax
  1. Pelanggan perlu mengetahui terma yang biasa digunakan oleh hotel-hotel bagi pakej makan dan ia terdiri dari beberapa kategori.
    • Bed Breakfast – Sarapan pagi secara bufet.
    • Fullboard – Sarapan pagi, makan tengahari dan malam secara bufet.
  2. Pakej makan Fullboard di Arab Saudi pula terbahagi kepada beberapa kelas.
    • Fullboard Ekonomi – Makanan ekonomi 3 kali sehari secara bufet yang disediakan oleh katering luar.
    • Fullboard Far East – Makanan masyarakat Asia 3 kali sehari secara bufet yang disediakan oleh restoran hotel.
    • Fullboard International – Makanan antarabangsa 3 kali sehari secara bufet yang disediakan oleh restoran hotel.
  3. Makanan bagi pakej asas yang biasa disediakan di hotel Makkah adalah jenis Bed Breakfast International manakala di hotel Madinah adalah jenis Fullboard Ekonomi. Pelanggan boleh memilih untuk menaik taraf pakej makan dari Bed Breakfast kepada Fullboard International atau naik taraf kelas Fullboard Ekonomi kepada Fullboard International sahaja.
  4. Sekiranya pelanggan tidak melakukan tempahan menaik taraf ini melalui Azzuha, pelanggan boleh juga membuat tempahan secara terus dengan pihak hotel semasa berada disana.
  • Tempat duduk kelas perniagaan mempunyai fungsi bole laras dan tempat merehatkan kepala yang dilengkapi dengan sayap berlapis yang membolehkan penumpang menikmati keselesaan maksimum.
  • Tempat duduk turut tersedia dengan sistem hiburan melalui monitor 15-inci bukan hanya mengandungi filem dan muzik tetapi boleh juga memaparkan pemandangan melalui kamera depan dan ke bawah pesawat dikenali sebagai “pandangan mata juru terbang”.
CAJ TAMBAHAN
+
Penerbangan Saudi Airlines (SV) kelas ekonomi bolek dinaik taraf kepada kelas perniagaan melalui kaedah berikut dengan mengisi borang yang disediakan dan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan:

Naik Taraf Kepada Kelas Perniagaan

KELAS PERNIAGAAN HARGA
SV KELAS I RM5,000/pax
SV KELAS D RM5,400/pax
SV KELAS C RM10,800/pax
SV KELAS J RM20,100/pax

Tempahan Tiket Kelas Perniagaan FIT (Fully Independent Traveler)

KELAS PERNIAGAAN HARGA
SV KELAS I RM5,000/pax
SV KELAS D RM5,900/pax
SV KELAS C RM10,800/pax
SV KELAS J RM20,300/pax

Tempahan Tiket Kelas Perniagaan (Berkumpulan)

KELAS PERNIAGAAN HARGA
SV KELAS J RM4,900/pax
  • Dalam tempoh 60 hari dari tarikh penerbangan – 15% daripada harga tambang.
  • Dalam tempoh 59-30 hari dari tarikh penerbangan – 25% daripada harga tambang.
  • Dalam tempoh 29-15 hari dari tarikh penerbangan – 50% daripada harga tambang.
  • Dalam tempoh 14 hari – tiada bayaran balik tambang tiket penerbangan diberikan.

PENGANGKUTAN KERETA API DI HARAMAIN

Pelanggan boleh memilih untuk menaiki Haramain Highspeed Railway (HHR) bersama pengangkutan terpilih untuk merasai perjalanan berbeza dan lebih pantas. Pelanggan perlu mengisi borang yang disediakan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

KELAS EKONOMI

KELAS PERNIAGAAN

CAJ TAMBAHAN

1) Terma dan syarat umum

2) Terma dan syarat HHR

3) Perubahan dan pembatalan tiket HHR.

Carta Aliran Perjalanan