Artikel: Berita Harian Online
Ditulis oleh: Fairuz Zaidan (Wartawan)
Tarikh: 15 Feb 2014
Kuala Lumpur: Kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan rakyat Malaysia menunaikan umrah setiap enam bulan sekali berkuat kuasa 31 Januari lalu.
Berikutan peraturan baharu itu, mereka yang mahu menunaikan umrah hanya akan diberikan visa selepas enam bulan kembali dari umrah terdahulu.
Berdasarkan keperluan semasa
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, ketika mengesahkannya berkata beliau difahamkan peraturan itu berdasarkan keperluan semasa berikutan projek pembangunan Masjidil Haram dan kawasan sekitarnya.