Syarat-Syarat Penerimaan Tawaran Perkhidmatan Umrah
- Pelanggan perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak syarikat atau wakil syarikat yang sah untuk mendapatkan maklumat kekosongan pada tarikh yang dipilih serta mendapatkan maklumat lengkap mengenai pakej tersebut.
- Syarikat menawarkan dua (2) pilihan kategori bilik seperti di bawah. Kedua-dua kategori bilik ini mempunyai pilihan bilik quint, quad, triple dan double. Pelanggan perlu menetapkan pilihan bilik ketika membuat pendaftaran.
- Bilik Keluarga (Family Room) – campuran ahli keluarga mengikut mahram.
Contoh : Pelanggan yang menempah bilik berlima (quint) bagi kategori ini mesti mendatangkan lima orang. Caj tambahan akan dikenakan sekiranya pelanggan tidak dapat memenuhi jumlah bilangan penginap bagi jenis bilik yang telah dipilih. - Bilik Berkongsi (Sharing Room) – campuran mengikut jenis jantina. Penginap bagi bilik berkongsi akan ditentukan oleh pihak syarikat mengikut bilangan pelanggan semasa tempahan bilik dilakukan.
- Bilik Keluarga (Family Room) – campuran ahli keluarga mengikut mahram.
- Setiap tempahan perlu disertakan dengan wang deposit sebanyak RM1,500 seorang termasuk bayaran visa. Bayaran penuh perlu dijelaskan selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh penerbangan bagi mengelakkan pembatalan pakej.
- Pembayaran hanya boleh dibuat melalui pindahan atas talian (online transfer) di atas nama Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd melalui nombor akaun MAYBANK ISLAMIC: 5622 6350 8886. Pembayaran melalui pihak ketiga tidak diterima. Bukti pembayaran perlu diserahkan kepada pihak syarikat.
- Semua pakej umrah tertakluk kepada syarat kelulusan visa dari kerajaan Arab Saudi.
- Aturcara perjalanan dan lawatan yang ditawarkan tertakluk kepada perubahan SOP semasa oleh kerajaan Arab Saudi.
- Setiap pelanggan diwajibkan mempunyai telefon pintar yang menyokong aplikasi Nusuk. Aplikasi ini wajib dimuat turun oleh pelanggan untuk digunapakai di Arab Saudi.
- Pelanggan yang bercadang memanjangkan tempoh tinggal di Arab Saudi untuk aktiviti perjalanan peribadi mesti mendapatkan kebenaran dari pihak Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd terlebih dahulu.
- Pihak pengurusan Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd berhak untuk menolak, mengubah, meminda, memadam atau menambah terma dan syarat yang dinyatakan atau menarik balik sebarang promosi pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
Pakej Termasuk
- Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk cukai penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.
- Permohonan Visa Pelancong (tertakluk kepada kelulusan dan perubahan SOP semasa kerajaan Arab Saudi):
- Visa ini akan digunapakai dan hanya dibenarkan kepada pelanggan warganegara Malaysia, Singapura dan Brunei sahaja di kawasan Asia Tenggara.
- Pelanggan berumur 18 tahun ke atas boleh memohon sendiri, manakala pelanggan berumur di bawah 18 tahun boleh memohon bersama penjaga.
- Visa sah digunapakai selama setahun dari tarikh permohonan. Tempoh maksima dibenar tinggal di Arab Saudi adalah selama 3 bulan (90 hari). Visa ini adalah kemasukan berulang (multiple entry).
- Harga visa termasuk dengan pelan insurans Covid-19 yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi.
- Visa ini hanya terpakai kepada penerbangan berjadual (schedule flight) sahaja yang masuk melalui Terminal Antarabangsa Arab Saudi. Penerbangan sewa khas (charter flight) tidak dibenarkan menggunakan visa ini.
- Pihak Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab atas kerugian sekiranya permohonan yang diproses tidak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi atas faktor-faktor tertentu atau faktor keselamatan. Setiap permohonan yang tidak diluluskan hendaklah dirujuk terus kepada Kedutaan Arab Saudi.
- Atau permohonan Visa Umrah (tertakluk kepada kelulusan dan perubahan SOP semasa Arab Saudi):
- Visa ini ini hanya akan digunapakai kepada warganegara selain Malaysia, Singapura, dan Brunei, atau mereka yang memerlukan dan tertakluk atas faktor-faktor tertentu yang akan dinilai oleh Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd.
- Pelanggan lelaki di bawah umur 18 tahun serta pelanggan wanita berumur 45 tahun ke bawah perlu kepada mahram.
- Pelanggan perlu mengemukakan salinan dokumen mahram yang disahkan oleh Jabatan Kerajaan berkaitan.
- Visa sah digunapakai selama 30 hari dari tarikh dikeluarkan. Tempoh maksima dibenar tinggal di Arab Saudi adalah selama 30 hari. Visa ini adalah kemasukan sekali (single entry).
- Harga visa termasuk dengan pelan insurans Covid-19 yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi.
- Pihak Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab atas kerugian sekiranya permohonan yang diproses tidak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi atas faktor-faktor tertentu atau faktor keselamatan. Setiap permohonan yang tidak diluluskan hendaklah dirujuk terus kepada Kedutaan Arab Saudi.
- Penginapan, makan dan minum serta pengangkutan di Arab Saudi seperti mana dinyatakan di dalam pakej.
- Tempat lawatan seperti mana yang dinyatakan dalam pakej (tertakluk kepada kebenaran semasa kerajaan Arab Saudi dan tertakluk kepada sebarang perubahan SOP semasa).
- Barang hadiah seperti mana dinyatakan dalam pakej.
- Air Zamzam (tertakluk kepada kebenaran semasa kerajaan Arab Saudi).
Pakej Tidak Termasuk
- Kos rawatan, ubat-ubatan, wad dan kuarantrin di hospital Arab Saudi yang tidak dilindungi atau melebihi perlindungan insurans.
- Perkhidmatan porter atau khidmat tambahan lain di lapangan terbang atau di Arab Saudi yang tidak dinyatakan di dalam pakej.
- Penggantian nilai barangan peribadi yang hilang di mana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan caj lebihan timbangan bagasi.
- Sebarang perubahan kadar matawang asing yang menyebabkan kenaikan harga penginapan, pengangkutan, tiket penerbangan, cukai penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.
- Program lawatan atau aktiviti ke tempat yang tidak dinyatakan dalam pakej.
- Makan dan minum yang tidak dinyatakan dalam pakej.
Pembatalan Oleh Pelanggan
- Pelanggan berdaftar tidak dibenarkan menarik diri tanpa sebarang sebab yang kukuh.
- Permohonan pembatalan perlu dikemukakan melalui surat dan bukti bertulis dari mana-mana organisasi (sekiranya ada) atas nama Pengarah Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd.
- Pembatalan dalam tempoh 45 hari dari tarikh penerbangan tidak akan mendapat pulangan wang. Sekiranya masih ada baki pembayaran yang belum dijelaskan, surat tuntutan dari firma guaman akan dikeluarkan.
- Pembatalan yang melebihi tempoh 45 hari dari tarikh penerbangan akan dikenakan caj RM1,000 seorang serta caj-caj yang melibatkan tempahan tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan, visa yang telah dibuat dan lain-lain caj yang berkaitan. Jenis-jenis caj adalah seperti di Lampiran 7.
- Pelanggan yang berdaftar tertakluk kepada syarat-syarat pembatalan yang ditetapkan Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd.
Pembatalan Disebabkan Faktor Luar Kawalan Syarikat
- Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd berhak membatalkan tempahan pakej umrah jika berlaku keadaan luar jangka dan memaksa seperti pandemik, bencana alam, perang, mogok, rusuhan atau atas arahan kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.
- Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd akan mengesyorkan tarikh alternatif yang sama nilai dengan pakej umrah yang ditempah oleh pelanggan.
- Sekiranya pelanggan tidak menerima tawaran alternatif yang diberikan, semua wang yang telah dibayar akan dipulangkan kembali selepas ditolak caj berikut:
- Caj RM300 atau 15% seorang dari harga pakej (mengikut mana yang lebih tinggi) serta termasuk;
- Apa-apa caj penalti yang dikenakan oleh syarikat penerbangan atau;
- Sebarang bayaran yang telah dibayar oleh Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd kepada mana-mana pembekal atau pihak ketiga.
- Pelanggan yang berdaftar tertakluk kepada semua syarat-syarat pembatalan yang telah ditetapkan oleh Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd.
Pembatalan Oleh Syarikat
- Sekiranya keadaan memerlukan Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd membatalkan perjalanan pakej umrah disebabkan kekurangan pelanggan atau ketidakmampuan untuk memperoleh kemudahan pengangkutan atau penginapan, semua wang yang telah dibayar oleh pelanggan akan dipulangkan.
- Pembatalan dalam tempoh 8 – 4 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan diberi pampasan sebanyak RM150 seorang.
- Pembatalan dalam tempoh 1 – 7 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan diberi pampasan sebanyak RM225 seorang.
- Pembatalan pada hari penerbangan akan diberi pampasan sebanyak RM300 seorang.
SYARAT-SYARAT PENERIMAAN TAWARAN TIKET PENERBANGAN KELAS PERNIAGAAN
NAIK TARAF TIKET (SV) KELAS PERNIAGAAN
- Pelanggan yang menaik taraf tiket penerbangan kepada kelas perniagaan, tempahan hanya akan dilakukan selepas tiket penerbangan kelas ekonomi
dikeluarkan. - Tempat duduk dan jenis kelas (I / D / C / J) tertakluk kepada kekosongan semasa.
- Bayaran deposit minima RM5,000 perlu dibuat ketika permohonan naik taraf, bayaran penuh harga tambahan perlu dibuat selewatnya 45 hari sebelum
penerbangan. - Tempahan hanya sah selama 1 jam sahaja. Sekiranya tiada pembayaran deposit dibuat, tempahan perlu dibuat semula tertakluk kepada kekosongan
semasa. - Sekiranya tiada jenis kelas yang sama ketika penerbangan pergi dan balik, pelanggan dicadangkan mengambil kelas berbeza dan harga akan berubah
mengikut jenis kelas. - Harga tertakluk kepada perubahan semasa syarikat penerbangan.
TEMPAHAN TIKET (SV) KELAS PERNIAGAAN ( FIT )
- Tempahan boleh dibuat terus tanpa menunggu tiket ekonomi dikeluarkan.
- Tempat duduk dan jenis kelas (I / D / C / J) tertakluk kepada kekosongan semasa.
- Bayaran deposit minima RM5,000 tiket penerbangan (FIT) perlu dijelaskan ketika memohon. Bayaran penuh perlu dijelaskan 45 hari sebelum
penerbangan. Salinan muka depan passpot perlu diberikan bersama. - Sekiranya tiada jenis kelas yang sama ketika penerbangan pergi dan balik, pelanggan dicadangkan mengambil kelas berbeza dan harga akan berubah mengikut jenis kelas.
- Pelanggan yang telah membayar tiket kelas ekonomi secara penuh, perbezaan harga tiket akan dipulangkan.
- Harga tertakluk kepada perubahan semasa syarikat penerbangan.
TEMPAHAN TIKET (SV) KELAS PERNIAGAAN (BERKUMPULAN)
- Tempahan minima tiket kelas perniagaan berkumpulan sebanyak 10 orang pelanggan.
- Jumlah kanak-kanak tidak boleh melebihi 10% daripada jumlah kumpulan dalam satu PNR.
- Tempat duduk tertakluk kepada kekosongan semasa.
- Bayaran deposit minima RM5,000 kelas perniagaan (berkumpulan) perlu dijelaskan ketika memohon, bayaran penuh perlu dibuat selewatnya 45 hari
sebelum penerbangan. - Harga tertakluk kepada perubahan semasa syarikat penerbangan.
NAIK TARAF TIKET (MH) KELAS PERNIAGAAN
- Tempat duduk tertakluk kepada kekosongan semasa.
- Bayaran deposit minima RM3,000 perlu dibuat ketika permohonan naik taraf dilakukan, bayaran penuh harga tambahan perlu dibuat selewatnya 45 hari
sebelum penerbangan. - Bilangan tempat duduk terhad kepada 6 kekosongan sahaja setiap penerbangan.
- Harga tertakluk kepada perubahan semasa syarikat penerbangan.
PEMBATALAN
NAIK TARAF TIKET KELAS PERNIAGAAN & TEMPAHAN TIKET KELAS PERNIAGAAN (FIT)
- Pelanggan yang menaik taraf tiket kelas ekonomi kepada tiket kelas perniagaan atau membuat tempahan tiket kelas perniagaan FIT tidak dibenarkan
membuat pembatalan setelah tiket penerbangan dikeluarkan. - Sekiranya masih ingin membuat pembatalan, pelanggan akan dikenakan caj tambang penuh tiket kelas perniagaan yang telah dikeluarkan.
TEMPAHAN TIKET KELAS PERNIAGAAN (BERKUMPULAN)
Bagi tiket kelas perniagaan berkumpulan, pelanggan yang membuat pembatalan akan dikenakan caj tambang tiket seperti berikut:
- Dalam tempoh 60 hari dari tarikh penerbangan – 15% daripada harga tambang
- Dalam tempoh 59 hari – 30 hari dari tarikh penerbangan- 25% daripada harga tambang
- Dalam tempoh 29 hari – 15 hari dari tarikh penerbangan – 50% daripada harga tambang
- Dalam tempoh 14 hari – Tiada bayaran balik tambang tiket penerbangan diberikan.
SYARAT-SYARAT PENERIMAAN TAWARAN PAKEJ MAKAN FULLBOARD
- Definisi pakej makan yang biasa digunapakai oleh pihak hotel Arab Saudi terdiri seperti berikut.
- Fullboard – Sarapan pagi, makan tengahari dan malam secara bufet.
- Bed Breakfast – Sarapan pagi secara bufet.
- Pakej makan Fullboard di Arab Saudi terbahagi kepada beberapa kelas.
- Fullboard International – Pelbagai jenis menu makanan antarabangsa sebanyak 3 kali sehari dihidang secara bufet.
- Fullboard Far East – Pelbagai jenis menu makanan Asia sebanyak 3 kali sehari dihidang secara bufet.
- Fullboard Far East Ekonomi – Jenis menu makanan Asia yang minima sebanyak 3 kali sehari dihidang secara bufet.
- Pakej makan yang disediakan di hotel Makkah adalah Bed Breakfast International manakala di hotel Madinah adalah Fullboard Far East Ekonomi.
- Pelanggan boleh memilih untuk menaik taraf pakej makan dari Bed Breakfast International kepada Fullboard International atau naik taraf pakej makan Fullboard Far East Ekonomi kepada Fullboard International sahaja.
- Sekiranya salah seorang pelanggan memilih menaik taraf pakej makan, semua pelanggan dalam bilik yang sama wajib menaik taraf pakej makan
jenis yang sama. - Sekiranya pelanggan tidak sempat menempah naik taraf pakej makan sebelum penerbangan, pelanggan boleh membuat tempahan secara terus di restoran hotel dan bayaran boleh dibuat secara tunai atau melalui kad bank.
SYARAT-SYARAT PENERIMAAN TAWARAN BILIK KHAS HOTEL MAKKAH
- Tempahan naik taraf bilik khas tertakluk kepada kekosongan semasa. Tempahan perlu dibuat sebulan sebelum penerbangan.
- Bayaran penuh bagi naik taraf bilik khas perlu dibuat ketika permohonan.
- Bilik Side Haram View menampakkan sekurang-kurangnya sebahagian dari bangunan Masjid Al Haram dan bilik Kaabah View menampakkan
sekurang-kurangnya sebahagian dari Kaabah. - Pembatalan tempahan bilik khas perlu dilakukan 2 minggu sebelum penerbangan. Sekiranya pelanggan membuat pembatalan tempahan kurang 2
minggu sebelum penerbangan, tiada pulangan wang akan diberikan.
TERMA DAN SYARAT UMUM HHR
- Harga pakej HHR yang ditawarkan adalah perjalan sehala berdasarkan musim biasa.
- Harga pada musim puncak dan Ramadan mungkin berbeza tertakluk kepada perubahan harga semasa syarikat HHR dan syarikat pengendali pengangkutan di Arab Saudi.
- Pelanggan hanya ditawarkan pakej perjalanan dari stesen Madinah ke stesen Makkah dan sebaliknya sahaja.
- Pelanggan perlu memilih pengangkutan yang sesuai berdasarkan bilangan minima yang telah ditetapkan pada pakej.
- Sekiranya pelanggan memilih pengangkutan dan tidak dapat memenuhi bilangan minima, harga yang ditawarkan akan berubah.
- Pelanggan perlu membuat bayaran penuh harga tempahan ini ketika memohon.
- Sebarang perubahan atau pembatalan tempatan tertakluk kepada terma dan syarat syarikat HHR dan pengendali pengangkutan serta kos yang terlibat.
- Sebarang perubahan harga tiket HHR tertakluk pada perubahan semasa dan caj perubahan harga tersebut akan dikenakan.
TERMA DAN SYARAT HHR
- Kanak-kanak yang berusia 2 hingga 12 tahun mesti ditemani oleh orang dewasa yang berusia 18 tahun ke atas dalam kumpulan. Bayi bawah umur 2 tahun mesti ditemani oleh orang dewasa pada nisbah 1:1.
- Bayi bawah umur 2 tahun tidak akan menerima tempat duduk dalam Kelas Perniagaan atau Kelas Ekonomi.
- Pelanggan hanya dibenarkan membawa satu bagasi utama bersaiz 65x55x35cm atau yang lebih kecil saiznya ketika menaiki HHR. Berat maksima bagasi ialah 25kg. Tempat daftar masuk bagasi akan dibuka 2 jam sebelum berlepas.
- Pelanggan dibenarkan membawa beg tambahan seperti beg silang, beg komputer riba, beg kamera atau yang sama sepertinya. Pelanggan mesti membawa pasport ketika dalam perjalanan untuk pengesahan nama dan umur.
- Pelanggan bertanggungjawab memegang tiket yang sah untuk keseluruhan perjalanan.
- Pejabat tiket akan ditutup 20 minit sebelum berlepas untuk jualan dan pertanyaan berkaitan perkhidmatan berlepas.
- Demi keselamatan, kanak-kanak mesti diawasi pada setiap masa.
- Pelanggan berhak mendapat bayaran balik dan/atau pampasan selaras dengan komitmen Piagam Penumpang HHR apabila perkhidmatan dibatalkan atau ditangguhkan melebihi 2 jam jika keadaan dalam kawalan HHR.
- Apabila perkhidmatan dibatalkan kerana situasi tidak dijangka, HHR akan dikecualikan daripada memberi pampasan kepada pelanggan selaras dengan Piagam Penumpang, selain daripada menyediakan bayaran balik penuh kepada pelanggan.
- Jika pelanggan datang lewat ke pintu masuk, kemasukkan akan ditolak oleh HHR dan tiada pulangan bayaran tiket.
- Semua tiket tidak boleh dipindah milik, dan hanya boleh digunakan oleh orang yang dinamakan pada tiket.
- Pihak HHR berhak untuk meminda harga tiket pada bila-bila masa.
- HHR juga berhak untuk membatalkan, meminda atau menjadualkan semula sebarang tawaran promosi tanpa notis. Pelanggan dilarang membawa senjata dan barang yang tajam (gunting/pisau/dll).
- Makanan dan minuman luar tidak dibenarkan dibawa ke dalam HHR.
PERUBAHAN & PEMBATALAN TIKET HHR
-
Perubahan 24 jam sebelum berlepas:
Kelas Ekonomi - 10% dari harga tiket | Kelas Perniagaan - Pecuma -
Perubahan 24 jam - 20 minit sebelum berlepas:
Kelas Ekonomi - 20% dari harga tiket | Kelas Perniagaan - 10% dari harga tiket -
Perubahan kurang dari 20 minit sebelum berlepas:
Tidak dibenarkan -
Pembatalan 24 jam sebelum berlepas:
Kelas Ekonomi - 20% dari harga tiket | Kelas Perniagaan - Percuma -
Pembatalan 24 jam - 20 minit sebelum berlepas:
Kelas Ekonomi - 50% dari harga tiket | Kelas Perniagaan - 35% dari harga tiket -
Pemabatalan kurang 20 minit sebelum berlepas:
Tidak dibenarkan.