Dasar Keselamatan
Had Liabiliti
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd yang memiliki dan mengendalikan tapak web azzuhatravel.com, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang dialami oleh mana-mana pihak akibat daripada penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan laman web ini; akibat daripada kenyataan atau tindakan pihak ketiga di laman web ini dan/atau akibat daripada perkara-perkara lain berkaitan dengan laman web ini.
Pautan / Hiperangkai
Kami ada menyediakan pautan kepada laman-laman web lain. Laman-laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu, kami tidak mempunyai kawalan ke atas kandungan laman-laman web tersebut. Justeru kami tidaklah bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman-laman web tersebut.
Sekatan Atau Penamatan Akses
Kami berhak menyekat atau menamatkan akses ke mana-mana bahagian pada bila-bila masa, dengan atau tanpa notis; dan bahawa kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian akibat daripada sekatan atau penamatan akses tersebut.
Perubahan Kepada Penafian & Terma Penggunaan ini
Kami berhak menyekat atau menamatkan akses ke mana-mana bahagian pada bila-bila masa, dengan atau tanpa notis; dan bahawa kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian akibat daripada sekatan atau penamatan akses tersebut.
Umum
Terma-terma dalam Penafian dan Terma Penggunaan ini hendaklah dibaca bersama dengan Syarat-syarat Standard. Sekiranya ada terma-terma yang tidak konsisten atau bercanggah dengan Syarat-syarat Standard, terma-terma ini hendaklah diterimapakai. Sekiranya mana-mana peruntukan terma-terma ini menyalahi undang-undang atau peraturan-peraturan sekarang atau yang akan datang, peruntukan yang menyalahi itu hendaklah diasingkan dan terma-terma ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud dan terma-terma ini bersama-sama peruntukan lain akan berkuatkuasa sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau tidak sah itu