Pakej UMRAH

SAFWAH

+ U A E

MENJALANI IBADAH DENGAN PENUH IBRAH

Harga

PENERBANGAN EMIRATES AIRLINES (EK) 12 HARI 11 MALAM

MUSIM SEKTOR JENIS BILIK
QUINT QUAD TRIPLE DOUBLE
PROMOSI KUL-DXB-MED /
JED-DXB-KUL
RM 10,690 RM 10,990 RM 11,290 RM 11,890
NORMAL RM 10,990 RM 11,290 RM 11,590 RM 12,290
SEMI PEAK RM 11,590 RM 11,890 RM 12,190 RM 12,990
PEAK RM 12,290 RM 12,590 RM 12,890 RM 14,190

* Sektor penerbangan yang dipaparkan diatas adalah tertakluk kepada Jadual Penerbangan Az Zuha

Takrif Penentuan Musim

Normal Tarikh biasa yang tidak terlibat dengan tarikh-tarikh cuti sekolah atau mana-mana kenaikan harga daripada pembekal
Semi Peak Tarikh yang terlibat dengan salah satu kenaikan harga daripada pembekal sama ada penempatan atau pengangkutan (sama ada cuti sekolah atau tidak)
Peak Tarikh yang melibatkan kenaikan kedua-dua harga daripada pembekal iaitu penempatan dan pengangkutan
KANAK-KANAK (2 TAHUN - 12 TAHUN SAHAJA) DISKAUN RM 250 SEORANG
KANAK-KANAK (2 TAHUN - 7 TAHUN SAHAJA) DISKAUN TANPA KATIL RM550 SEORANG
BAYI (BAWAH 2 TAHUN) RM 2,000 SEORANG
PENERBANGAN CAIRO TEMPOH MAKAN
EMIARATES
13H 11M
CITYMAX HOTEL BUR DUBAI (3★) 3 MALAM BREAKFAST (HOTEL)
LUNCH AND DINNER (RESTAURANT)
MADINAH TEMPOH MAKAN MAKKAH TEMPOH MAKAN
NUSIK AL EIMAN
(3★)
3 MALAM FULLBOARD EKONOMI AL SAFWAH ROYALE ORCHID (5★) 5 MALAM BED BREAKFAST
(INTERNATIONAL)

* Maklumat lanjut berkaitan makan, sila rujuk terma dan syarat di bahagian Pilihan Tambahan

DEPOSIT DAN BAYARAN PENUH

  1. Yuran tempahan (booking fee) berjumlah RM300.00 seorang ditawarkan kepada prospek yang berminat mendaftar dengan pakej Azzuha. Berikut adalah syarat yang ditetapkan untuk penerimaan booking fee:
    • Pilihan tarikh adalah selewat-lewatnya 60 hari sebelum tarikh penerbangan;
    • Tempoh sah bayaran tempahan ini adalah selama 14 hari sahaja;
    • Pelanggan yang bersetuju mendaftar hanya perlu menambah bayaran deposit sebanyak RM 1200 bagi mencukupkan bayaran deposit RM 1500 seorang sebagai bayaran awal pendaftaran; dan
    • Pulangan wang penuh (full refund) akan diberikan sekiranya pelanggan menarik diri dalam tempoh 14 hari selepas bayaran tempahan dibuat dengan sebab yang munasabah.
  2. Bayaran deposit perlu dijelaskan sewaktu pendaftaran dilakukan dengan jumlah RM1,500 seorang. Deposit ini telah termasuk bayaran visa.
  3. Bayaran perlu dijelaskan secara pindahan wang terus ke akaun Maybank Islamik Azzuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
    Pembayaran secara wang tunai di kaunter perlu dielakkan dan tidak digalakkan. Bukti pembayaran kepada pihak ketiga juga tidak akan diterima.
  4. Bayaran penuh pakej perlu dijelaskan dalam tempoh selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh penerbangan.
  5. Slip pembayaran perlu diserahkan kepada syarikat dan pelanggan perlu mendapatkan resit pembayaran daripada wakil syarikat selepas bayaran dibuat.

DISKAUN

  1. Baucer Diskaun Alumni Azzuha (Jemaah Ulangan)
    • Alumni Azzuha (jemaah ulangan) akan diberikan baucer diskaun bagi ulangan kali pertama dan seterusnya sebanyak RM100.00 seorang. Jemaah ulangan juga boleh membuat pilihan untuk menambah diskaun sebanyak RM50.00 seorang untuk penolakkan bagasi Az Zuha.
    • Tawaran baucar ini terhad kepada 2000 jemaah terawal sahaja. Tempoh sah laku baucar alumni Az Zuha adalah selama satu (1) tahun sahaja dari tarikh baucar tersebut dikeluarkan. Jemaah perlu menuntut baucar alumni tersebut pada pegawai jualan atau hadir ke ibu pejabat / cawangan Az Zuha yang berhampiran.
  2. Diskaun Pelanggan Berkumpulan
    • Permohonan diskaun dibenarkan kepada pelanggan yang datang secara berkumpulan (melebihi 15 orang). Jumlah yang diberikan adalah sebanyak RM100.00 seorang.
  3. Diskaun Pelanggan OKU
    • Pelanggan yang memegang kad OKU akan diberikan diskaun sebanyak RM100.00 seorang.

VISA

  1. Syarikat menawarkan dua (2) jenis visa kepada pelanggan iaitu:
    A VISA PELANCONG
    B VISA UMRAH
  2. Pelanggan diberi pilihan antara kedua-dua visa diatas, tetapi keutamaan syarikat adalah kepada Visa Umrah
  3. Visa Umrah:
    • Kementerian Umrah dan Haji Arab Saudi telah menetapkan bahawa permohonan visa umrah untuk pemegang passport Malaysia wajib melakukan pengesahan biometrik.
    • Bagi memastikan proses permohonan visa umrah berjalan dengan lancar, pengesahan biometrik mesti dibuat 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Pengesahan biometrik ini perlu dilakukan sendiri oleh setiap jemaah di tempat masing-masing.
    • Jemaah akan menerima status biometrik yang tertera “Application Submitted Successfully”. Bukti status biometrik yang berjaya perlu diserahkan kepada pegawai jualan mengikut tarikh penerbangan masing-masing.
  4. Bagi pelanggan yang telah mempunyai visa dan belum tamat tempoh pada tarikh penerbangan, penolakan sebanyak RM500 akan diberikan.
  5. Perbezaan kedua-dua jenis visa ini adalah seperti berikut:

VISA PELANCONG

VISA UMRAH

Hotel Dubai

CITYMAX HOTEL BUR DUBAI

@ Setaraf

HOTEL

BILIK

MAKAN

SARAPAN
Restoran kedua-dua buah hotel menyediakan sarapan secara bufet kepada semua pelanggannya dengan pelbagai pilihan makanan terdiri dari menu antarabangsa dan tempatan disamping suasana ruang makan yang menarik dan selesa.

MAKAN TENGAHARI DAN MAKAN MALAM
Pelanggan akan dibawa ke restoran berdekatan dengan lokasi ziarah atau di hotel penginapan yang menyediakan hidangan antarabangsa dan tempatan.

Hotel Makkah

AL SAFWAH ROYALE ORCHID

@ Setaraf

HOTEL

BILIK

MAKAN

Hotel Madinah

NUSK AL EIMAN

@ Setaraf

HOTEL

BILIK

MAKAN

Syarikat & Sektor Penerbangan

Penerbangan yang digunakan bagi pakej ini adalah Emirates Airlines (EK) atau penerbangan terus lain yang setaraf.

KELAS EKONOMI

SEKTOR PENERBANGAN

Barang Hadiah

Air Zam-Zam

Hadiah yang sangat istimewa kepada semua jemaah adalah air zam-zam. Jemaah yang pulang ke Tanah Air melalui Lapangan Terbang Jeddah atau Madinah akan berpeluang mendapat air zam-zam secara percuma. Walau bagaimanapun ianya masih tertakluk kepada kebenaran kerajaan Arab Saudi dan stok semasa di sana. Sekiranya tidak berpeluang membawa pulang air zam-zam, jemaah masih masih dapat menikmati air zam-zam yang segar sepanjang berada di dalam Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.

Program Ziarah

2 KALI ZIARAH DI MAKKAH

2 KALI ZIARAH DI MADINAH

*Sebarang perubahan sesi ziarah adalah tertakluk kepada kebenaran & SOP semasa kerajaan Arab Saudi.

Kursus Umrah & Bimbingan

  1. Kursus umrah secara bersemuka dan online akan diadakan secara mingguan dan bulanan kepada semua pelanggan Az Zuha mengikut lokasi tertentu yang akan dimaklumkan melalui hebahan di media sosial dan secara terus kepada pegawai jualan dan pelanggan.
  2. Pelanggan dikehendaki memilih lokasi dan tarikh yang bersesuai mengikut jadual yang ditetapkan.
  3. Bimbingan berkaitan hukum hakam juga akan diberikan kepada jemaah sepanjang jemaah berada di Tanah Suci.

Perkhidmatan di Lapangan Terbang

  1. Azzuha mempunyai pegawai yang akan menunggu dilapangan terbang KLIA dan di lapangan terbang Jeddah/Madinah setiap kali jemaah Az Zuha akan terbang bagi memudahkan urusan pendaftaran masuk bagasi (check in) jemaah dan urusan taklimat penerbangan.
  2. Pegawai yang bertugas boleh dikenali dengan pakaian seragam langkap Az Zuha.

Terma & Syarat

  1. Pelanggan perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak syarikat atau wakil syarikat yang sah untuk mendapatkan maklumat kekosongan pada tarikh yang dipilih serta mendapatkan maklumat lengkap mengenai pakej tersebut.
  2. Syarikat menawarkan dua (2) pilihan kategori bilik seperti di bawah. Kedua-dua kategori bilik ini mempunyai pilihan bilik quint, quad, triple dan double. Pelanggan perlu menetapkan pilihan bilik ketika membuat pendaftaran.
    • Bilik Keluarga (Family Room) – campuran ahli keluarga mengikut mahram.
      Contoh : Pelanggan yang menempah bilik berlima (quint) bagi kategori ini mesti mendatangkan lima orang. Caj tambahan akan dikenakan sekiranya pelanggan tidak dapat memenuhi jumlah bilangan penginap bagi jenis bilik yang telah dipilih.
    • Bilik Berkongsi (Sharing Room) – campuran mengikut jenis jantina.
      Penginap bagi bilik berkongsi akan ditentukan oleh pihak syarikat mengikut bilangan pelanggan semasa tempahan bilik dilakukan.
  3. Jumlah kanak-kanak mestilah tidak melebihi 10% untuk satu PNR / kumpulan. Jika melebihi 10%, diskaun kanak-kanak tidak akan terpakai dan perlu membayar harga dewasa.
  4. Setiap tempahan perlu disertakan dengan wang deposit sebanyak RM1,500 seorang termasuk bayaran visa. Bayaran penuh perlu dijelaskan selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh penerbangan bagi mengelakkan pembatalan pakej.
  5. Azzuha berhak membatalkan penerbangan pelanggan sekiranya bayaran penuh tidak diterima 45 hari sebelum penerbangan dan wang yang telah dibayar tidak akan dikembalikan.
  6. Pembayaran boleh dibuat menggunakan wang tunai / perbankan atas talian /cek/ draf bank di atas nama Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd melalui nombor akaun MAYBANK ISLAMIC: 5622 6350 8886. Pembayaran melalui pihak ketiga tidak diterima. Bukti pembayaran perlu diserahkan kepada pihak syarikat.
  7. Semua pakej umrah tertakluk kepada syarat kelulusan visa dari kerajaan Arab Saudi. Pelanggan tidak memerlukan visa untuk lawatan ke Dubai.
  8. Aturcara perjalanan dan lawatan yang ditawarkan tertakluk kepada perubahan SOP semasa oleh kerajaan Dubai dan Arab Saudi.
  9. Setelah pengesahan umrah dibuat, sebarang perubahan kepada tempahan yang dipohon oleh pelanggan akan dikenakan caj pindaan RM300 seorang bagi setiap pindaan serta kos-kos yang terlibat kerana pindaan. Tiada perubahan yang boleh dibuat dalam masa 15 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan.
  10. Pihak Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung kerugian bagi apa-apa perbelanjaan atau bayaran balik pakej umrah sekiranya pelanggan tidak dibenarkan keluar dan masuk negara oleh pihak Imigresen kerana melanggari undang-undang Malaysia atau Arab Saudi.
  11. Tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat sekiranya pelanggan tidak menggunakan mana-mana perkhidmatan yang termasuk dalam pakej atas sebab peribadi.
  12. Pelanggan yang memanjangkan tempoh tinggal di Arab Saudi untuk aktiviti / perjalanan peribadi mesti mendapatkan kebenaran dari pihak Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd terlebih dahulu.
  13. Harga yang ditunjukkan adalah harga pada masa penerbitan. Harga tertakluk kepada perubahan yang disebabkan oleh kenaikan pada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos hotel, kadar pertukaran matawang asing, cukai kerajaan Arab Saudi dan Malaysia. Pihak Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd berhak menaikkan harga pakej berdasarkan kenaikan harga kos semasa melalui notis makluman.
  14. Sekiranya terdapat perubahan tarikh dan masa oleh syarikat penerbangan atau perubahan situasi semasa keadaan di Arab Saudi yang memerlukan kepada tambahan penginapan, pengangkutan dan jadual program, pengiraan alternatif kos tambahan akan dilaksanakan dan Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas kos tersebut.
  15. Pihak Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd berhak untuk membatalkan atau menarik balik sebarang tempahan dan jadual perjalanan, atau enggan menerima seseorang menjadi pelanggan sekiranya dia didapati membahayakan keselamatan atau kesihatan, atau dia mengganggu keselesaan dan keseronokan pelanggan lain dalam kumpulan tersebut.
  16. Pihak pengurusan Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd berhak untuk menolak,
    mengubah, meminda, memadam atau menambah terma dan syarat yang dinyatakan atau menarik balik sebarang promosi pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
  17. Terma dan syarat pilihan tambahan adalah sama seperti di dalam risalah (booklet) pakej Az Zuha.
  18. Pelanggan yang mengambil pilihan tambahan perlu membuat bayaran penuh nilai tersebut ketika mendaftar.
  1. Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk cukai penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.
  2. Permohonan Visa Pelancong (tertakluk kepada kelulusan dan perubahan SOP semasa kerajaan Arab Saudi):
    • Visa ini akan digunapakai dan hanya dibenarkan kepada pelanggan warganegara Malaysia, Singapura dan Brunei sahaja di kawasan Asia Tenggara
    • Pelanggan berumur 18 tahun ke atas boleh memohon sendiri, manakala pelanggan berumur di bawah 18 tahun boleh memohon bersama penjaga.
    • Visa sah digunapakai selama setahun dari tarikh permohonan. Tempoh maksima dibenar tinggal di Arab Saudi adalah selama 3 bulan (90 hari). Visa ini adalah kemasukan berulang (multiple entry).
    • Harga visa termasuk dengan pelan insurans Covid-19 yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi. Insurans ini berkuatkuasa selama sebulan dari tarikh tiba di Arab Saudi. Sekiranya mana-mana hospital / klinik kesihatan di Arab Saudi tidak menerima pakai insurans yang diberikan, ia adalah di luar bidang kuasa pihak syarikat.
    • Visa ini hanya terpakai kepada penerbangan berjadual (schedule flight) sahaja yang masuk melalui Terminal Antarabangsa Arab Saudi. Penerbangan sewa khas (charter flight) tidak dibenarkan menggunakan visa ini.
    • Pihak Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab atas kerugian sekiranya permohonan yang diproses tidak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi atas faktor-faktor tertentu atau faktor keselamatan. Setiap permohonan yang tidak diluluskan hendaklah dirujuk terus kepada Kedutaan Arab Saudi
  3. Permohonan Visa Umrah (tertakluk kepada kelulusan dan perubahan SOP semasa Arab Saudi):
    • Visa ini ini hanya akan digunapakai kepada warganegara selain Malaysia, Singapura, dan Brunei, atau mereka yang memerlukan dan tertakluk atas faktor-faktor tertentu yang akan dinilai oleh Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd.
    • Pelanggan lelaki di bawah umur 18 tahun serta pelanggan wanita berumur 45 tahun ke bawah perlu kepada mahram.
    • Pelanggan perlu mengemukakan salinan dokumen mahram yang disahkan oleh Jabatan Kerajaan berkaitan.
    • Visa sah digunapakai selama 30 hari dari tarikh dikeluarkan. Tempoh maksima dibenar tinggal di Arab Saudi adalah selama 30 hari. Visa ini adalah kemasukan sekali (single entry).
    • Harga visa termasuk dengan pelan insurans Covid-19 yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi.
    • Pihak Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab atas kerugian sekiranya permohonan yang diproses tidak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi atas faktor-faktor tertentu atau faktor keselamatan. Setiap permohonan yang tidak diluluskan hendaklah dirujuk terus kepada Kedutaan Arab Saudi.
  4. Penginapan, makan dan minum serta pengangkutan di Dubai dan Arab Saudi termasuk cukai seperti mana dinyatakan di dalam pakej.
  5. Tempat lawatan seperti mana yang dinyatakan dalam pakej (tertakluk kepada kebenaran dan perubahan SOP semasa kerajaan Dubai dan Arab Saudi).
  6. Wang tip kepada pemandu pelancong dan pamandu bas di Dubai.
  7. Barang hadiah seperti mana dinyatakan dalam pakej.
  8. Air Zamzam (tertakluk kepada kebenaran semasa kerajaan Arab Saudi).
  1. Kos rawatan, ubat-ubatan, wad dan kuarantrin di hospital Arab Saudi yang tidak dilindungi atau melebihi perlindungan insurans.
  2. Perkhidmatan porter atau khidmat tambahan lain di lapangan terbang atau di Arab Saudi yang tidak dinyatakan di dalam pakej.
  3. Penggantian nilai barangan peribadi yang hilang di mana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan caj lebihan timbangan bagasi.
  4. Sebarang perubahan kadar matawang asing yang menyebabkan kenaikan harga penginapan, pengangkutan, tiket penerbangan, cukai penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.
  5. Program lawatan atau aktiviti ke tempat yang tidak dinyatakan dalam pakej.
  6. Makan dan minum yang tidak dinyatakan dalam pakej.
  1. PERUBAHAN HARGA PAKEJ
    • Harga yang ditunjukkan di dalam booklet dan flyers adalah harga pada masa penerbitan. Syarikat berhak untuk menaikkan harga pakej sekiranya berlaku kenaikan harga pada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos hotel, kadar pertukaran matawang asing atau perubahan cukai kerajaan Arab Saudi dan Malaysia melalui sebarang jenis notis makluman.
    • Sekiranya terdapat perubahan tarikh dan masa oleh syarikat penerbangan atau perubahan situasi semasa keadaan Arab Saudi yang memerlukan kepada tambahan penginapan, pengangkutan dan jadual program, pengiraan alternatif kos tambahan akan dilaksanakan dan syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas kos tersebut.
  2. PERUBAHAN TARIKH
    • Jemaah tidak dibenarkan membuat sebarang perubahan tarikh 2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
    • Perubahan tarikh daripada syarikat berkemungkinan boleh berlaku bergantung kepada perubahan yang diberikan oleh pihak penerbangan.
    • Syarikat akan mendapatkan persetujuan pelanggan terlebih dahulu sebelum perubahan tarikh ini dilakukan.
  3. PERUBAHAN HOTEL
    • Syarikat berhak untuk melakukan perubahan hotel di saat akhir sekiranya berlaku sebarang perubahan luar jangka daripada pihak hotel sendiri.
    • Pihak syarikat akan memaklumkan kepada pelanggan sekiranya maklumat perubahan telah diterima daripada pihak hotel.
  1. Pelanggan berdaftar tidak dibenarkan menarik diri tanpa sebarang sebab yang kukuh.
  2. Permohonan pembatalan perlu dikemukakan melalui surat dan bukti bertulis dari mana-mana organisasi (sekiranya ada) atas nama Pengarah Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd bagi mengelakkan salah faham.
  3. Pembatalan dengan alasan kukuh yang melebihi tempoh 45 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj RM300 seorang atau 15% dari harga pakej mengikut mana yang lebih tinggi.
  4. Pembatalan dengan alasan kukuh dalam tempoh 36 – 44 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj 35% dari harga pakej.
  5. Pembatalan dengan alasan kukuh dalam tempoh 16 – 35 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj 50% dari harga pakej.
  6. Pembatalan dengan alasan kukuh dalam tempoh 8 -15 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj 75% dari harga pakej.
  7. Pembatalan dengan alasan kukuh dalam tempoh 7 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj 100% dari harga pakej.
  8. Pelanggan yang berdaftar tertakluk kepada syarat-syarat pembatalan yang ditetapkan Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd.
  9. Definisi alasan yang kukuh ialah:
    • Kematian pelanggan (si mati dan seorang wakil yang turut serta sahaja dibenarkan untuk menarik diri bagi menguruskan si mati / timbang tara oleh pihak syarikat).
    • Cuti yang tidak diluluskan (Hanya pelanggan yang terkesan dengan perubahan tarikh daripada pihak penerbangan sahaja dibenarkan untuk menarik diri dengan mengemukakan surat dari majikan).
  1. Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd berhak membatalkan tempahan pakej umrah jika berlaku keadaan luar jangka dan memaksa seperti pandemik, bencana alam, perang, mogok, rusuhan atau atas arahan kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.
  2. Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd akan mengesyorkan tarikh alternatif yang sama nilai dengan pakej umrah yang ditempah oleh pelanggan.
  3. Sekiranya pelanggan tidak menerima tawaran alternatif yang diberikan, semua wang yang telah dibayar akan dipulangkan kembali selepas ditolak caj berikut:
    • Caj RM300 atau 15% seorang dari harga pakej (mengikut mana yang lebih tinggi) serta termasuk;
    • Apa-apa caj penalti yang dikenakan oleh syarikat penerbangan atau;
    • Sebarang bayaran yang telah dibayar oleh Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd kepada mana-mana pembekal atau pihak ketiga.
  4. Pelanggan yang berdaftar tertakluk kepada syarat-syarat pembatalan yang ditetapkan Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd.
  1. Sekiranya keadaan memerlukan Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd membatalkan perjalanan pakej umrah disebabkan kekurangan pelanggan atau ketidakmampuan untuk memperoleh kemudahan pengangkutan atau penginapan, semua wang yang telah dibayar oleh pelanggan akan dipulangkan.
  2. Pembatalan dalam tempoh 8–4 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan diberi pampasan sebanyak RM150 seorang.
  3. Pembatalan dalam tempoh 1-7 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan
    diberi pampasan sebanyak RM225 seorang.
  4. Pembatalan pada hari penerbangan akan diberi pampasan sebanyak RM300 seorang.

Pilihan Tambahan

BILIK KHAS HOTEL MAKKAH

Side Haram View

Bilik Side Haram View menampakkan sekurang-kurangnya sebahagian dari bangunan Masjid Al Haram.

CAJ TAMBAHAN
+
HARGA
RM1,000/bilik
*tertakluk kepada perubahan semasa.
Kaabah View

Bilik Kaabah View menampakkan sekurang-kurangnya sebahagian dari Kaabah.

CAJ TAMBAHAN
+
HARGA
RM3,000/bilik
*tertakluk kepada perubahan semasa.

Terma &  Syarat

  • Tempahan naik taraf bilik khas tertakluk kepada kekosongan semasa. Tempahan perlu dibuat sebulan sebelum penerbangan.
  • Bayaran penuh bagi naik taraf bilik khas perlu dibuat ketika permohonan.
  • Bilik Side Haram View menampakkan sekurang-kurangnya sebahagian dari bangunan Masjid Al Haram dan bilik Kaabah View menampakkan sekurang-kurangnya sebahagian dari Kaabah.
  • Pembatalan tempahan bilik khas perlu dilakukan 2 minggu sebelum penerbangan. Sekiranya pelanggan membuat pembatalan tempahan kurang 2 minggu sebelum penerbangan, tiada pulangan wang akan diberikan.

PAKEJ MAKANAN

Hotel Al Safwah Royale Orchid

Menghidangkan makanan yang pelbagai dengan citarasa antarabangsa serta pilihan roti-roti, koktail dan pencuci mulut.

CAJ TAMBAHAN
+
Fullboard Far East
HARGA
RM790/pax

Fullboard International
HARGA
RM1,320/pax

Terma &  Syarat

  1. Pelanggan perlu mengetahui terma yang biasa digunakan oleh hotel-hotel bagi pakej makan dan ia terdiri dari beberapa kategori.
    • Bed Breakfast – Sarapan pagi secara bufet.
    • Fullboard – Sarapan pagi, makan tengahari dan malam secara bufet.
  2. Pakej makan Fullboard di Arab Saudi pula terbahagi kepada beberapa kelas.
    • Fullboard Ekonomi – Makanan ekonomi 3 kali sehari secara bufet yang disediakan oleh katering luar.
    • Fullboard Far East – Makanan masyarakat Asia 3 kali sehari secara bufet yang disediakan oleh restoran hotel.
    • Fullboard International – Makanan antarabangsa 3 kali sehari secara bufet yang disediakan oleh restoran hotel.
  3. Makanan bagi pakej asas yang biasa disediakan di hotel Makkah adalah jenis Bed Breakfast International manakala di hotel Madinah adalah jenis Fullboard Ekonomi. Pelanggan boleh memilih untuk menaik taraf pakej makan dari Bed Breakfast kepada Fullboard International atau naik taraf kelas Fullboard Ekonomi kepada Fullboard International sahaja.
  4. Sekiranya pelanggan tidak melakukan tempahan menaik taraf ini melalui Az Zuha, pelanggan boleh juga membuat tempahan secara terus dengan pihak hotel semasa berada disana.

PENGANGKUTAN KERETA API DI HARAMAIN

Pelanggan boleh memilih untuk menaiki Haramain Highspeed Railway (HHR) bersama pengangkutan terpilih untuk merasai perjalanan berbeza dan lebih pantas. Pelanggan perlu mengisi borang yang disediakan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

KELAS EKONOMI

KELAS PERNIAGAAN

+ CAJ TAMBAHAN

HHR (E) + PENGANGKUTAN
1 Dewasa RM500/Pax Harga Termasuk:
  • Pengangkutan Dari Hotel Penginapan ke Stesen HHR.
  • Pengangkutan dari Stesen HHR ke Hotel Penginapan
  • Tiket HHR Kelas Ekonomi
Beg akan dibawa secara berasingan menggunakan bas.
2 Kanak-Kanak RM450/Pax
3 Bayi RM80/Pax
HHR (B) + PENGANGKUTAN
1 Dewasa RM700/Pax Harga Termasuk:
  • Pengangkutan Dari Hotel Penginapan ke Stesen HHR.
  • Pengangkutan dari Stesen HHR ke Hotel Penginapan
  • Tiket HHR Kelas Peniagaan
Beg akan dibawa secara berasingan menggunakan bas.
2 Kanak-Kanak RM650/Pax
3 Bayi RM100/Pax
HHR (E Naiktaraf B) + PENGANGKUTAN
1 Dewasa RM200/Pax Harga Termasuk:
  • Pengangkutan Dari Hotel Penginapan ke Stesen HHR.
  • Pengangkutan dari Stesen HHR ke Hotel Penginapan
  • Tiket HHR Kelas Peniagaan
Beg akan dibawa secara berasingan menggunakan bas.
2 Kanak-Kanak RM200/Pax
3 Bayi Percuma
  • Harga tertakluk pada perubahan & kadar tukaran mata wang semasa.
  • Minimal 2 pax sahaja. Sekiranya Jemaah daftar secara individu (single) perlu bayaran tambahan sebanyak RM250 seorang.
  • Musim Puncak & Ramadan tertakluk kepada perubahan semasa.
  1. Ketetapan harga yang terdapat di dalam jadual adalah harga purata (average) dan sekiranya pada tarikh perjalanan harga yang diberikan adalah lebih tinggi maka pelanggan perlu menambah harga bayaran tersebut.
  2. Harga yang ditawarkan adalah untuk perjalanan sehala sahaja.
  3. Harga ini tertakluk kepada perubahan harga semasa syarikat HHR dan syarikat pengendali pengangkutan di Arab Saudi.
  4. Harga yang ditawarkan adalah untuk pakej perjalanan dari stesen Madinah ke stesen Makkah dan sebaliknya sahaja.
  5. Pelanggan perlu membuat bayaran penuh harga tempahan ketika permohonan dilakukan. Pihak syarikat akan memberi bukti tambahan bayaran kepada pelanggan ketika tuntutan tambahan bayaran diminta.
  6. Permohonan tempahan tambahan dan naik taraf perlu dibuat dalam tempoh sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh penerbangan jemaah.
  7. Sebarang perubahan atau pembatalan tempahan tertakluk kepada terma dan syarat syarikat HHR serta kos yang terlibat.
  1. Kanak-kanak yang berusia 2 hingga 12 tahun mesti ditemani oleh orang dewasa yang berusia 18 tahun ke atas dalam kumpulan. Bayi bawah umur 2 tahun mesti ditemani oleh orang dewasa pada nisbah 1:1.
  2. Bayi bawah umur 2 tahun tidak akan menerima tempat duduk dalam Kelas Perniagaan atau Kelas Ekonomi.
  3. Pelanggan hanya dibenarkan membawa satu bagasi utama bersaiz 65x55x35cm atau yang lebih kecil saiznya ketika menaiki HHR. Berat maksima bagasi ialah 25kg. Tempat daftar masuk bagasi akan dibuka 2 jam sebelum berlepas.
  4. Pelanggan dibenarkan membawa beg tambahan seperti beg silang, beg komputer riba, beg kamera atau yang sama sepertinya.
  5. Pelanggan mesti membawa pasport ketika dalam perjalanan untuk pengesahan nama dan umur.
  6. Pelanggan bertanggungjawab memegang tiket yang sah untuk keseluruhan perjalanan.
  7. Pintu masuk akan ditutup 10 minit sebelum waktu berlepas yang dinyatakan.
  8. Pejabat tiket akan ditutup 20 minit sebelum berlepas untuk jualan dan pertanyaan berkaitan perkhidmatan berlepas.
  9. Pelanggan mesti menaiki koc dan tempat duduk yang diperuntukkan mengikut tiket yang diberi.
  10. Demi keselamatan, kanak-kanak mesti diawasi pada setiap masa.
  11. Pelanggan berhak mendapat bayaran balik dan/atau pampasan selaras dengan komitmen Piagam
  12. Penumpang HHR apabila perkhidmatan dibatalkan atau ditangguhkan melebihi 2 jam jika keadaan dalam kawalan HHR.
  13. Apabila perkhidmatan dibatalkan kerana situasi tidak dijangka, HHR akan dikecualikan daripada memberi pampasan kepada pelanggan selaras dengan
  14. Piagam Penumpang, selain daripada menyediakan bayaran balik penuh kepada pelanggan.
  15. Jika pelanggan datang lewat ke pintu masuk, kemasukkan akan ditolak oleh HHR dan tiada pulangan bayaran tiket.
    Semua tiket tidak boleh dipindah milik, dan hanya boleh digunakan oleh orang yang dinamakan pada tiket.
  16. Pihak HHR berhak untuk meminda harga tiket pada bila-bila masa. HHR juga berhak untuk membatalkan, meminda atau menjadualkan semula sebarang tawaran promosi tanpa notis.
  17. Pelanggan dilarang membawa senjata dan barang yang tajam (gunting/pisau/dll).
  18. Makanan dan minuman luar tidak dibenarkan dibawa ke dalam HHR.
  19.  
  1. Perubahan 24 jam sebelum berlepas:
    Kelas Ekonomi – 10% dari harga tiket | Kelas Perniagaan – Percuma.
  2. Perubahan 24 jam – 20 minit sebelum berlepas:
    Kelas Ekonomi – 20% dari harga tiket | Kelas Perniagaan – 10% dari harga tiket.
  3. Perubahan kurang 20 minit sebelum berlepas:
    Tidak dibenarkan.
  4. Pembatalan 24 jam sebelum berlepas:
    Kelas Ekonomi – 20% dari harga tiket | Kelas Perniagaan – Percuma.
  5. Pembatalan 24 jam – 20 minit sebelum berlepas:
    Kelas Ekonomi – 50% dari harga tiket | Kelas Perniagaan – 35% dari harga tiket.
  6. Pembatalan kurang 20 minit sebelum berlepas:
    Tidak dibenarkan.

Carta Aliran Perjalanan

KUL-DXB-MED | JED-DXB-KUL